Tahu tak hari apa? Hari untuk umat islam memperingati peristiwa hari Israk & Mikraj setiap kali 27 Rejab iaitu peristiwa penting perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril.
Israk: perjalanan Nabi Muhammad S.A.W menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis,Palestin.
Mikraj: perjalanan naiknya Nabi Muhammad S.A.W ke langit dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1
P\S: Bersyukurlah umat nabi Muhammad S.A.W diberi keringanan solat wajib 5 waktu sehari semalam apabila Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah.