Wednesday, November 23, 2011

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 telah mula diterima oleh sejumlah besar ibubapa di seluruh sekolah-sekolah di negara ini.

Bermula minggu lalu, semua murid sekolah sama ada menengah atau rendah telah mula menerima bantuan khas RM100 seperti yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 yang lalu. Bantuan khas yang diberikan bertujuan untuk meringankan beban ibu-bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka pada awal tahun hadapan.Pembayaran bantuan tersebut adalah untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 2011.

"Pihak sekolah  perlu mematuhi arahan Kementerian Pelajaran bagi memastikan pemberian bantuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan Belanjawan 2012, dapat dinikmati rakyat ,"  kata Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin.Tetapi,ada juga kes yang mengejutkan  iaitu kisah  mengenai guru besar yang melemparkan wang kepada ibu-bapa.

Rata-rata rakyat sangat berpuas hati dengan bantuan ini, yang diagihkan melalui sekolah-sekolah dan diberikan secara tunai.Tersenyum kebanyakan ibu-bapa yang mengiringi anak-anak menerima bantuan khas RM100 daripada pihak kerajaan walaupun terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran.Kebanyakan ibu-bapa bersyukur dan menyambut baik langkah kerajaan memberi bantuan kepada keluarga pelajar terutama golongan yang berpendapatan rendah.  

P/S:Pentingnya peranan pemimpin dalam sesebuah negara  yang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap masalah rakyat. 

Rujukan: gerakanantidap.blogspot.com/.
              http://www.bharian.com.my/

Thursday, November 10, 2011

Alamak!!! Apabila komen keluar tulisan daripada Hotfile.com....




Alamak!!!Apa dah jadi dengan blog aku ni...Kenapa aku komen di blog lain keluar tulisan lain macam ni.Tulisan macam ini yang keluar apabila aku komen di blog lain..
omg look !!!85zl :O - http://www.facebook.com.quickymart.co.uk/photo-za6285.jpeg..sebelum ni bila aku  klik dekat link tu ..terus keluar laman web Hotfile.....virus ke apa  ni.ada orang hantar virus  ke ...masuk bulan november pulak tu jadi perkara ni..Mungkin aku tersalah klik dan membuka apa-apa link download daripada Hotfile.Takpun ada orang hantar virus ..Entahla.Aku dah pening dah ni...Macam mana boleh jadi macam ni pulak apabila komen?

Adoii..nak buat macam mana ni...ada sesiapa yang boleh tolong macam mana nak betulkan balik supaya tak keluar lagi tulisan tu yang rasanya bagi aku macam virus malware kot ..Aku harap sangat pada sesiapa yang dapat membantu aku menyelesaikan masalah ini supaya keadaan kembali elok seperti sediakala.
Sekian,terima kasih.

P/S:Tarikh hari yang dikatakan orang menarik iaitu  11.11.11  jatuh pada hari jumaat iaitu penghulu segala hari.ALLAH MAHA BESAR.Harap-harap blog aku ni pulih seperti keadaan asal.