Friday, December 28, 2012

“RM100 Give Away dari Eyriqazz.Com”



                                    Apa khabar..semoga anda semua sihat
RM100  Give Away ( RM20 each buat 5 pemenang) buat pembaca blog Eyriqazz.Com

Hurmm..Tengah baca macam-macam jenis blog.Terjumpa blog Eyriqazz.com.Lepas tu ada pulak giveaway.Apa lagi kan.Aku cuba la nasib.Mana tau ada rezeki kali ni.Korang taknak cuba ke..
Jom ramai-ramai kita menyertai giveaway ini :)  RM100 Give Away dari Eyriqazz.Com


Mudah saja. Buat satu entri mengenai giveaway ini.
Jika menang macam-macam kita boleh buat duit RM20 tu.Macam derma kepada tabung di Palestin dan Syria.Apabila kita bersedekah dengan ikhlas, Allah Maha Memberi mereka yang menderma di jalan-nya.

5 pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah.
Tarikh tutup pada 31 December 2012

“Hadiah Pemenang akan digandakan 2 kali ganda sekiranya Eyriqazz memenangi  iPhone 5 Gadget Impian

Selamat Mencuba :)

Wednesday, December 12, 2012

Cara Download Di Youtube Tanpa Menggunakan Software!!!!


 
Hari ini 12.12.2012.Dalam facebook ramai yang updated status pasal tarikh ni.Apa yang istimewa pasal tarikh ni aku pun tak tahu.Korang tahu?Hari ini aku nak share tips untuk download di youtube tanpa menggunakan software.Teknik  ini aku dapat daripada kawan iaitu Ayilejai Warisan dalam group facebook.
Trik ini telah diuji oleh Ayilejai Warisan  dalam kedua-dua PC dan MOBILE, bekerja 100%.
Untuk menggunakan trik ini, cuba lakukan seperti berikut:

1.Mula-mula,salin URL video youtube yang anda inginkan, ia adalah seperti ini
kandungan http://m.youtube.com/some / (mobile)
kandungan http://www.youtube.com/some / (pc)

2.Kemudian yang disalin URL ke dalam format berikut
kandungan http://ssyoutube.com/some / (mudah alih)
kandungan http://www.ssyoutube.com/some / (pc)

(cuma tambah SS je kat depan)

3. Selepas itu anda akan melihat satu wity satu halaman video anda mahu format yang berbeza.

4.Klik di atasnya dan mula memuat turun.

SELAMAT MENCUBA.....
Daripada Ayilejai Warisan

P/S:Memang mudah kan kalau dapat download  tanpa menggunakan software

Rujukan:Sixerz Community   

Thursday, December 06, 2012

Keburukan Blogging

Bismillahirrahmanirrahim,     

     Macam-macam hal yang berlaku, kisah dan cerita dalam kehidupan masing-masing.Setiap manusia berbeza kisahnya.Tadi aku baca blog lipstikmerah mengenai kisah kehidupannya menjelajah negeri Johor.Seronok kan dapat melancong,makan makanan yang lazat.Untunglah kepada mereka yang dikurniakan ALLAH dengan kekayaan,pangkat ,wang dan pengaruh.Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berkemampuan..

       Kita sebagai makhluk ciptaan ALLAH janganlah lupa dan lalai dengan arus kehidupan dunia.Hidup kita adalah untuk diuji dan di akhirnya perjalanan kita ialah kembali menemui ALLAH dengan membawa amalan masing-masing...Pilihan di tangan masing-masing.Kita sebagai manusia bertanggungjawab untuk pilihan kita sendiri iaitu memilih kebaikan atau keburukan.Adakah kita dapat bersabar dengan ujian ALLAH dan melaksanakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang??

      Orang kata setiap benda ada lawannya.Ada realiti dan fantasi.Ada muda ada tua.Adanya masa depan dan adanya sejarah dahulu.Ada baik dan ada buruk.Begitulah juga dengan blog.Ada  kebaikan dan  ada juga keburukan blogging ini.Ini cuma pendapat aku tentang keburukan blogging.Kalau korang tak dapat terima..itu hak masing-masing.Ok.

Antara keburukan blogging ialah
1.Menyebarkan fitnah,memburukkan orang lain,Perasan tak ada sesetengah yang  menaip ikut suka dengan katanya ''ikut suka aku la blog aku'' dan menganggap hanya pendapat dia sahaja yang betul.
2.Perasan bagus atau dengan kata lain sombong.Wujud kelompok tertentu.Sesetengah blogger yang semakin naik akan sombong dan tidak bercampur dengan mereka yang baru.
3.Menggalakkan penyamaran,akan berlakunya cakap besar dalam penulisan blog sebab dalam blog orang tidak tahu siapa kita sebenarnya iaitu dengan tidak memaparkan nama dan wajah sebenar.
4.Berlakunya penipuan dengan menyampaikan maklumat palsu, fakta salah dan meniru hasil orang lain.
5.Maklumat dalam blog belum tentu betul atau sahih..banyak yang berbeza.Sebab itu kita kena akui juga dengan peranan wartawan dalam menyampaikan kebenaran sesuatu berita.
6.Leka dengan dunia maya sehingga tidak melakukan aktiviti luar.Lebih mementingkan blog(taksub) daripada hal-hal lain.Contohnya dalam sehari kalau tak updated tak sah..kalau bab agama dapat pula ditinggalkan.
7.Melakukan spam di  merata tempat..untuk mendapat keuntungan daripada iklan.seperti iklan churp2..apabila klik keluar pula tiga empat  iklan sekaligus.Ini aku cukup tak suka.

    Haha.Ini cuma nasihat.Ambil yang baik dan buang yang buruk.Nampak tak blog ini juga sebenarnya adalah mainan dunia.Sampai bila kita nak blogging..sampai dah mati baru nak berhenti.sebagai pedoman dalam kubur tak tanya berapa banyak trafik dalam blog.Tak salah nak blogging tapi perlu ada had dan batasannya.

P/S:Amalkanlah  dalam penulisan blog kita agar dapat memberi maklumat  yang menjurus kepada kebaikan bukannya keburukan.

Rujukan:http://wiki.answers.com/Q/Kebaikan_dan_keburukan_blog 

Tuesday, September 18, 2012

Cara-cara kreatif mencegah perubahan iklim!!!




MAHA SUCI ALLAH.Nampak tak gambar bumi atas tu dan header blog  tu.. Siapakah yang mencipta bumi ini dan segala-galanya?Jawapannya ALLAH.Kita manusia hanya hidup di atas bumi ciptaan ALLAH dan semuanya di atas dunia ini hanya pinjaman untuk sementara.

ANDA FIKIR ANDA TAHU MENGENAI PERUBAHAN IKLIM???

       Dunia semakin tua dan tenat.Perubahan iklim dan pemanasan global merupakan suatu ancaman yang kurang disedari oleh masyarakat.Isu ini sebenarnya penting yang akan menyebabkan berbagai-bagai bencana dan penyakit jika tidak diambil perhatian oleh masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.Contohnya cuba kita lihat kejadian yang berlaku di Malaysia:

1.Kejadian tanah runtuh
2.Suhu semakin naik
3.Banjir kilat dan jerebu
4.Penyebaran penyakit seperti denggi dan malaria

      Bumi menjadi semakin panas.Ada sumber menunjukkan suhu dunia semakin meningkat pada kadar yang amat tinggi.Sekiranya isu pemanasan global tidak ditangani, ahli sains menjangka suhu bumi akan meningkat sebanyak 3 – 9 darjah menjelang akhir kurun ini.

      Secara jelas islam melarang umatnya melakukan kerosakan di muka bumi.Antaranya membabitkan kemusnahan alam ciptaan Allah.Kita boleh lihat sifat tamak segelintir manusia yang melakukan pembangunan secara besar-besaran sehingga merosakkan ekosistem alam dengan gunung ganang ditarah,hutan dan pokok ditebang,kawasan tadahan hujan dimusnahkan.

Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." (Surah ar-Ruum, ayat 41).

        Dengan itu,kita sebagai khalifah di muka bumi  perlulah menjaga dan memelihara alam sekitar dan alam semulajadi supaya tiada kerosakan dan kemusnahan di muka bumi yang boleh menjejaskan ekosistem di bumi ini.
Marilah kita bertindak dengan mengambil langkah-langkah yang sedikit sebanyak dapat membantu mencegah perubahan iklim..Antara sedikit cara-cara kreatif  untuk mencegah perubahan iklim ialah:

1.Kurangkan(jimat penggunaan tenaga elektrik,produk dan peralatan yang tidak diperlukan),gunasemula(seperti tin aluminium) dan Kitar semula(seperti kertas,plastik,pakaian,logam)
2.Sedikit bantuan daripada semut hutan.(membersihkan hutan daripada bahan biologi)
3.Menanam pokok-pokok baru.
4.Menyungkup batu.(seperti di India batu putih diletakkan di padang menukarnya menjadi permukaan pemantulan sinaran solar daripada permukaan bumi)

Okeh.. jika aku lama tak updated blog.Itu tandanya aku ada masalah ataupun tiada internet.

P/S:Jika korang nak tahu maklumat atau tips yang lagi lengkap..kena la tanya Jabatan Alam Sekitar ye..hehe :P



Sumber:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11015.0
           http://climatechange.penang.gov.my/ 

Saturday, July 21, 2012

Panduan Jana Wang Tanpa Modal

"Tak ada modal macam mana nak mula bisnes?"Pasti ramai yang tertanya bagaimana perniagaan yang tanpa modal.Sebenarnya ada banyak cara menjana pendapatan di internet terutama yang tanpa modal.Salah satunya melalui program affiliate.

Antaran alasan  yang sering diberikan oleh mereka yang gagal memulakan perniagaan.Jika mempunyai keazaman yang kuat, anda sebenarnya boleh memulakan perniagaan walaupun berbekalkan modal yang minima.

Antara pilihan untuk anda memulakan perniagaan tanpa modal atau dengan modal minima adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate di internet.Sekarang ini banyak jenis program affiliate di internet.. kena pandai memilih.

Perniagaan affiliate secara ringkasnya bermaksud anda menjadi agen kepada usahawan internet yang lain. Yang mana, anda mempromosikan produk mereka dan menerima komisyen atas jualan yang berjaya anda hasilkan.

Namun, masih ramai yang beranggapan, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan. Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anda perlu menganggap perniagaan affiliate sebagai perniagaan utama anda.Apa yang penting perlu fokus dan berterusan,kena usaha dan jangan cepat putus asa.Kena terus promosi tapi jangan SPAM!

Ramai affiliate tempatan yang berjaya menjana 3 - 4 angka sebulan secara sampingan. Malah ada yang pernah mencecah sehingga ke 5 angka sebulan. Ini kerana mereka fokus dan percaya pada perniagaan yang mereka jalankan.Ini disebabkan mereka itu  pakar  disamping langkah serta strategi promosi yang mereka gunakan itu betul dan bernas.

Oleh itu, alasan “Tiada modal” untuk memulakan perniagaan sepatutnya tiada lagi. Daripada menyertai skim-skim cepat kaya di Internet seperti ID (yang pastinya perlukan modal RM100), adalah lebih baik jika anda menyertai perniagaan affliate. Tak perlu bayar sesen pun. Pilihan yang lebih bijak bukan?

Perniagaan ini tidak memerlukan modal untuk dimulakan. Anda boleh menggunakan apa jua medium yang percuma untuk mempromosikan pernigaan ini.Malahan ebook di atas tak perlu beli. Free je. =)

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut serta langkah demi langkah memulakan 'Perniagaan Tanpa Modal',download(muatturun)laporan percuma dahulu dan ikuti langkah yang diajar.Selepas download dengan masukkan nama dan email,sila semak emel anda untuk tujuan pengesahan.InsyaAllah.Mulakan dengan tindakan pertama.Selamat mencuba. =)anda boleh dapatkannya di sini  << http://www.bisnestanpamodal.com/hop.php?ref=farhantanmod   >>

Sekian,terima kasih.

Sunday, June 17, 2012

Osemspace perkhidmatan web hosting dan pendaftaran domain



Osemspace adalah merupakan sebuah laman perkhidmatan web hosting yang menawarkan pembelian domain URL, hosting, server, reka bentuk laman web dan sebagainya.Osemspace menyediakan perkhidmatan pasaran bukan sahaja di Malaysia malahan ke pasaran di seluruh dunia. Apa kelebihan yang ada pada Osemspace? Kelebihan Osemspace  yang unik ialah pakej serendah RM68 adalah jenis mampu milik dengan spesifikasi yang agak begitu menarik .Selain itu,ada juga pakej-pakej lain yang ditawarkan seperti Pakej Business dan anda boleh pilih pilihan mana yang anda mahu.

Mengapa anda mesti pilih Osemspace? Kerana perkhidmatan servis yang disediakan adalah cepat dan pantas,dapat menjimatkan banyak wang anda , ada menawarkan pelbagai ganjaran untuk pelanggan dan juga ada peluang menjana wang dengan program affiliate.Tambahan pula Osemspace mempunyai perkhidmatan bantuan support 24/7 kepada pengguna yang mengalami sebarang masalah dari pelbagai segi bagi menjamin keselesaan dan kepuasaan pelanggan .Jadi kepada anda yang ingin mencari  laman web hosting yang sesuai dan terbaik,Osemspace adalah jawapannya.Sila  layari http://www.osem.my/ untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.

Tuesday, May 08, 2012

Interactive SMART Meeting Pro software

SMART products make collaboration a visual and interactive experience. SMART provide successful technology implementation with its extraordinary product. Customer can choose SMART solutions and implement in their organization such as for education, business,government and more.There are variety of SMART product. For instance,using SMART Meeting Pro software.

Using SMART Meeting Pro software will enhance teamwork and boost productivity in engaging new ways.
This powerful collaboration software that drive Freestorm visual collaboration solutions are based on intuitive software that makes it easy to share information, capture ideas and determine next steps.



  SMART Meeting Pro Software
      
The function of this product is suitable and useful  because:
1)more collaboration,less administration
2)built for business
3)natural interaction
4)write and save flexibility

The unique  of this product is it take notes over any available application and capture ideas easily into virtually unlimited interactive whiteboard space with also enables  to keep meetings organized and easily communicate outcomes. 

This is a right solutions for extadionary  collaboration,  good for working together whether it's through informal, structured, formal or dispersed collaboration.










Thursday, April 26, 2012

Contest Review dan Promo NotaHati

 
  Klik gambar diatas untuk join...

Hari ini  aku terpanggil untuk menyertai Contest Review dan Promo NotaHati.Pemilik blog NotaHati adalah Ini Acul (Mohd Rasul).

Apa itu Nota Hati? NotaHati adalah sebuah laman blog yang mengetengahkan maklumat mengenai dunia lelaki dan wanita seperti tip penjagaan, penampilan, cinta, fesyen, kerjaya dan sebagainya yang boleh dijadikan rujukan dan diamalkan bersama.Maksud NotaHati adalah coretan hati perasaan manusia diantara satu sama lain.

Baiklah. Apa gambaran yang ada di dalam fikiran anda mengenai blog NotaHati.com ? Apa yang aku nak review adalah gaya penulisannya yang menarik serta diolah dengan kemas disamping kandungan entri didalam artikel ada pelbagai maklumat,tips,memberikan motivasi   dan mempunyai unsur-unsur pengajaran.Disamping itu,template dalam  blog sesuai dengan warna yang dipilih dan tersusun.

Antara artikel yang menarik perhatian aku  adalah kategori motivasi.Contohnya,antara artikel yang aku minat adalah  mengenai Bagaimana menangani tekanan hidup dan kerja dan 5 tips Bagaimana menghadapi realiti alam pekerjaan.Tips yang diberikan  sangat berguna  kepada individu yang bekerja untuk digunakan sebagai persediaan dan langkah positif untuk bergerak kehadapan. Nak bagi cadangan sedikit adalah lagi bagus jika blog NotaHati ada memberi reward kepada pembaca yang selalu datang ke blog.

OK.Cukup sampai ini sahaja.
Jom singgah di blog NotaHati....http://www.notahati.com/

Sekian,terima kasih.


Monday, April 23, 2012

Cara-cara Buat Virus Berjangkit!!!!!!


Assalamualaikum..

         Wow!! Menarik sungguh.Aku kagum dengan mereka yang pakar dalam bidang hack ni.Aku sebenarnya berminat juga ingin belajar serba sedikit selok belok dunia hack ini.Tapi nak belajar hack ini bukan senang.Ianya memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi disamping kesabaran yang tinggi.Sebab tu kebanyakan hacker jarang untuk  berkongsi.Mengapa??Ada yang bagitau  untuk menjadi hacker yang berkesan perlulah belajar cari sendiri maklumat disamping  mendapat sesuatu ilmu itu dengan praktik, usaha sendiri dan mencuba sehingga berjaya.Bukan senang..sebab tu berapa banyak masa diorang dihabiskan untuk memperoleh ilmu hack ni sampai berjaya.

Ada satu kisah itu yang aku dengar seorang hacker hebat yang belajar di Universiti Teknologi Petronas selalu menghabiskan masanya tiap-tiap hari hanya di hadapan komputer untuk hack.Aku  ada juga mencuba hack ni  seperti teknik nak hack fb tapi masih tak berjaya..banyak masa aku dihabiskan.. sesiapa yang ingin belajar hack ini tidak boleh cepat putus asa..perlu mencuba sampailah berjaya .

        Korang tau apa itu virus??Virus komputer ialah sejenis program komputer yang dicipta untuk melakukan kerosakan pada sesebuah sistem komputer.Kali ini aku nak bagi tips bagaimana nak buat virus berjangkit.Haha..Sebenarnya virus ini adalah virus tipu-tipu atau dalam erti kata lain ialah  virus ini akan menambah folder apabila diklik..Contoh gambar dibawah..

     Setelah berani mencuba akhirnya menjadi juga akhirmya..tapi terbuat di laptop aku sendiri..wakaka..Adoii..tak tau macam mana nak hilangkan banyak folder ni.tak diajar pulak cara nak hilangkan.Kena delete semua la nampaknya..
Cara membuat virus ini:

Step 1.Buka notepad korang pastu korang copy paste koding dibawah:
@echo off
color 0a
:eh
md %random%
goto eh

lepas copy paste tu ,korang save dengan apa-apa nama sekalipun tetapi dengan syarat mesti                       fail. bat.Contohnya kerusi.bat

Perhatian!!! 
Aku tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa di komputer korang.

P/S: Apa yang aku tau ada macam-macam  jenis virus yang merbahaya seperti virus pemusnah .Jadi korang janganlah cuba-cuba klik kalau tak berani menanggung risiko.Rosak pulak nanti komputer korang.
Rujukan: john-komputer.blogspot.com/

Tuesday, April 03, 2012

Laman Web yang Pelik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Pelik ...ada macam-macam web yang pelik..Korang nampak tak gambar kat tepi tu..cuba fokus kat titik tengah tu.ikut arahan tulisan tu..pelik ke??...aku ambil benda tu dalam internet.. 
Penggunaan Internet dalam era globalisasi sangat meluas dan berguna.Macam-macam maklumat boleh dapat  baik yang positif mahupun negatif. Buatlah pilihan yang baik.Internet memang  bagus, tidak syak tentang itu..iaitu mempunyai  pelbagai cara membantu orang(pengguna) mencari maklumat , dengan enjin carian seperti Google. Tetapi… sekali-sekala, ada laman web yang benar-benar pelik,aneh muncul dan berusaha untuk menarik  sedikit perhatian anda...

Dulu aku ada buat entri mengenai undang-undang pelik di dunia.  
Jadi,aku dah bosan tak tau nak updated apa, pergi mencari apa-apa cerita menarik di internet. Aku  ada jumpa  web yang pelik dan aneh.Siapa la yang buat web macam tu..Apa motif??Mungkin diorang dah bosan kot..Ini antaranya ada 10 web  aku pilih  yang pelik dan aneh: 


1) http://www.dontclick.it/
-jangan tekan..tapi ada maklumat dalam ni..

2)http://www.futureme.org/  
-dalam ni boleh hantar email kepada future.org apa yang anda mahu kata mengenai diri anda masa depan..

 3)http://www.biglongnow.com/
 - bila buka  pintu ada lagi pintu...

4)http://trololololololololololo.com/
-hmm pelik ...ada orang nyanyi trolololololo..

5)http://piv.pivpiv.dk/
-haha...cuba  buka..ada suara you are an idiot..

6)http://www.wwwdotcom.com/
-Perhatian!!!!

7)www.zimm-co.com/PressTheSpaceBar/pressthespacebar2000.html
-tekan spacebar.....dapatkan mata tertinggi..

8)http://www.crazythoughts.com/
-dalam ni ada macam-macam soalan pelik...

9)http://www.members.shaw.ca/gf3/circle-the-cat.html
-yang ni memang susah..macam mana nak kepung kucing tu??

10)http://www.howmanygoats.com/
-hairan??jawab kuiz dalam ni..

Ada banyak lagi sebenarnya..cukuplah tu..dalam internet ni macam-macam ada..

P/S:Hmm..kenapa??...ramai juga orang cari dalam internet maklumat yang pelik-pelik...

Rujukan:www.the-top-tens.com

Tuesday, March 20, 2012

Lagu Sedonian-LANGSUYR (M.O.C)-Video mengenai Luftwaffe perang udara




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.Allah Yang Maha Esa .Sentiasalah ingat bahawa kita adalah hamba yang diciptakan oleh Allah.Tahukah kita dalam setiap kejadian yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah mengapa ia terjadi.Kita mungkin tidak mengetahui mengapa disebabkan pemikiran manusia itu terbatas. Hanya Allah yang Maha mengetahui segala sesuatu dengan segala kebesaran dan kekuasaan yang tiada bandingan-Nya. Contohnya setiap peristiwa atau sejarah yang berlaku itu perlulah kita ambil pengajaran dan iktibar.

Dulu aku ade buat entri mengenai lagu bertajuk Takhta Jahat daripada band LANGSUYR dan (M.O.C).
Kali ni aku nak kongsi lagu lain pula iaitu lagu bertajuk Sedonian daripada LANSGSUYR(M.O.C) -video mengenai Luftwaffe kuasa perang udara.Video diedit oleh Hisham Ace yang merupakan peminat lagu Langsuyr.
Ni link ...jom dengar lagu..bagi aku menarik..


Dalam video tu memaparkan serangan Luftwaffe ke atas musuh.Sejarah perang dunia kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden.  Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan melalui udara bom Jerman terhadap Poland.Luftwaffe(tentera udara Jerman) merupakan satu istilah  daripada bahasa Jerman  ketika perang dunia kedua.

Luftwaffe dibentuk pada tahun 1935.Luftwaffe merupakan salah satu angkatan udara paling unik  dan offensif yang memiliki ramai juruterbang handal ketika perang dunia kedua. .Contohnya,juruterbang Erich Hartmann,  paling terkenal dalam sejarah pertempuran udara dan jaguh pejuang mata tertinggi dalam sejarah peperangan udara. , mempunyai rekod tertinggi  352 mengesahkan membunuh lawan. Salah satu nama yang dikenali dengan baiknya  jaguh-jaguh Luftwaffe, dia tidak pernah pun  ditembak jatuh.
 Erich Hartmann menerbangkan pesawat Messerschmitt Bf 109 Fighter.

Luftwaffe menjadi satu komponen penting dalam kempen-kempen ketenteraan Jerman. Beroperasi dalam membantu pasukan tentera darat dengan taktik serangan kilat(Blitzkrieg) "lightning war",  menyokong  askar-askar darat Jerman menawan jumlah benua Eropah dalam satu siri kempen-kempen pendek dan pantas dalam sembilan bulan pertama perang.Tetapi,kekuatan Luftwaffe perlahan-lahan terhakis pada pertengahan 1944 akibat daripada pengeboman berterusan pihak Bersekutu(Allied) ke atas kilang-kilang pengeluaran  dan bandar Jerman yang melumpuhkan ekonomi.

Walaubagaimanapun, Luftwaffe meneruskan berlawan di dalam hari-hari terakhir perang dengan satu generasi baru berkuasa turbojet , malah pesawat berenjin roket, seperti Messerschmitt Me 262 namun  ia telah ditenggelami oleh banyaknya pesawat-pesawat Bersekutu(Allied) yang bergabung serta Jerman yang semakin kekurangan juruterbang-juruterbang terlatih dan bahan api,yang akhirnya Luftwaffe menjadi pasukan perang tidak efektif menyebabkan ruang udara Jerman dikuasai oleh musuh.

P/S:Dalam ruang ketenteraan, Perang Dunia Kedua menandakan kedatangan kuasa udara,dan pentingnya kuasa perang udara untuk memenangi perang.
 
 

Saturday, February 25, 2012

Hapuskan Rasuah....

      

        Di dalam kehidupan manusia di dalam fasa moden ini,macam-macam isu yang timbul.Isu rasuah bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam masyarakat di malaysia malahan berlaku di seluruh dunia.Mengapa rasuah berlaku? Kita dapat lihat daripada sejarah dahulu lagi iaitu ketika era Yunani,Roman,kebangkitan Renaissance di Eropah sehingga sekarang adanya gejala rasuah. Ini disebabkan berlakunya   rasuah bergantung kepada kuasa.Seringkali dipaparkan di dalam media  elektronik dan suratkhabar mengenai pelbagai kes-kes rasuah yang berlaku di malaysia.Rasuah masih menjadi salah satu musuh utama negara malahan berada pada tahap yang serius dan membimbangkan.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran juga digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah yang lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

 Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

* Meminta/Menerima Rasuah
* Menawar/Memberi Rasuah
* Membuat Tuntutan Palsu
* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Di Malaysia,pelbagai kes-kes rasuah yang sering dipaparkan daripada yang besar sehinggalah yang kecil.Antaranya menurut laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adanya kes-kes suapan kepada pegawai,suapan rasuah kes khalwat,rasuah kepada pegawai polis,terima rasuah,isu penyelewengan dan sindiket kecurian pasir dan banyak lagi.Dan ini adalah statistik  tangkapan oleh SPRM Januari 2012:

           Kata pengarah SPRM, antara rekod tertinggi kes rasuah  ialah RM35 ribu yang diterima oleh pengurus TNB daripada  seorang pengurus syarikat untuk mengurangkan bayaran elektrik.

Baru-baru ini juga aku dikejutkan dengan menonton  berita sukan mengenai adanya kembali gejala rasuah. Apatah lagi adanya isu terbaru dalam arena  sukan iaitu  gejala rasuah yang dipercayai berlaku dalam skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan serta  isu tiga atlet olahraga yang menghilangkan diri ke Bulgaria bagi mengelakkan ujian doping dan tindakan lanjut perlu diambil untuk mengekang perkara tersebut daripada terus menular.Selain itu,pada Disember lalu, dua atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan Sea Indonesia menerusi acara 4x400m dan angkat berat, didapati positif ujian doping Sampel A. 
Apakah yang perlu dilakukan?

Kita sedia maklum kesan daripada kegiatan rasuah ini memberikan implikasi yang buruk kepada negara.Rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu negara,pemerintahan negara menjadi lemah,kucar-kacir,kemerosotan ekonomi,pengabaian masyarakat,monopoli serta penipuan berleluasa dan sebagainya.Kesan yang paling buruk akan menyebabkan hancurnya sistem pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.Ada contohnya, seperti yang berlaku di Filipina iaitu kejatuhan kerajaan Presiden Marcos dari tampuk kepimpinan.Malahan ,bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo dikeluarkan daripada pemerintahan kerana menghadapi tuduhan rasuah atas mengenakan harga tinggi ketika perjanjian dengan gergasi telekomunikasi China yang membabitkan jumlah sogokan yang besar.


Apakah langkah yang perlu dilakukan? Antaranya ialah:
1)penguatkuasaan menerusi undang-undang yang ketat. Lakukan hukuman yang berat.
2)kempen tegas dalam sistem pendidikan-tanamkan unsur bencikan rasuah.
3)rakyat harus dididik tentang kesedaran politik.Pemimpin yang rasuah dan nampak tidak bersih semuanya mesti ditolak!
4)Mewujudkan suruhanjaya khas yang mempunyai kuasa menyeluruh,mengkaji,meneliti ,mencadangkan  langkah-langkah yang perlu.Misalnya,melakukan penilaian terhadap amalan pilihan raya,mengkaji kuasa-kuasa majlis tempatan,termasuk pemimpin utama kerajaan negeri khususnya Menteri Besar dan anggota Exconya.Jikalau perlu reformasi besar-besaran terhadap sistem kuasa yang ada.
5)kesedaran awam untuk melaporkan kes-kes rasuah kepada SPRM.

        Antara contoh negara lain langkah tegas yang dilakukan untuk menangani barah rasuah.Contohnya,di negara China  Mahkamah di Beijing menjatuhkan hukuman mati terhadap pegawai tinggi yang didapati menerima rasuah besar sehingga menjejaskan keselamatan awam. Agensi anti rasuah India, Indonesia dan Thailand diperkukuh. Pendakwaan terhadap tokoh politik dan pegawai atasan mereka yang melakukan rasuah akan lebih berkesan lagi. 

          Perang menentang rasuah adalah sesuatu yang berterusan dan kini usaha ini telah di-lipat gandakan menerusi pelan Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut pandangan islam mengenai rasuah
Orang Islam, sama ada pentadbir, pegawai kerajaan, peniaga, profesional, ahli korporat atau ahli politik tidak sepatutnya menjadi penerima atau pemberi rasuah untuk mendapat sebarang kepentingan peribadi kerana perbuatan itu merupakan satu daripada dosa-dosa besar yang mengundang kecelakaan di dunia dan azab dan kesengsaraan yang pedih di hari  kemudian.  Rasulullah (S.A.W.) memberi amaran yang keras apabila beliau bersabda, “Pemberi rasuah dan penerima rasuah, kedua-duanya akan berada dalam api neraka.”  

Disebutkan dalam hadith :-
لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

        Akhir kata, islam mengharamkan rasuah dalam apa jua bentuk dan cara.Oleh kerana tidak akan dialih sesuatu dengan menerima sesuatu yang jelas rasuah dengan niat menerima hadiah.Perbuatan itu tidak akan mengeluarkan hukum haram menjadi halal.Ambillah pengajaran daripada kisah khalifah Umar Abdul Aziz pernah diberi hadiah sewaktu beliau menjadi khalifah tetapi ditolaknya.

P/S:Sama-samalah kita bina keperibadian diri,untuk mencari rezeki yang halal dan menjauhi diri kita agar tidak terlibat dengan amalan rasuah.


Rujukan:
http://tranung2.tripod.com/nov/detik150.htm
Al-Azim.com
http://beritasemasa.com/