Di dalam kehidupan manusia di dalam fasa moden ini,macam-macam isu yang timbul.Isu rasuah bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam masyarakat di malaysia malahan berlaku di seluruh dunia.Mengapa rasuah berlaku? Kita dapat lihat daripada sejarah dahulu lagi iaitu ketika era Yunani,Roman,kebangkitan Renaissance di Eropah sehingga sekarang adanya gejala rasuah. Ini disebabkan berlakunya rasuah bergantung kepada kuasa.Seringkali dipaparkan di dalam media elektronik dan suratkhabar mengenai pelbagai kes-kes rasuah yang berlaku di malaysia.Rasuah masih menjadi salah satu musuh utama negara malahan berada pada tahap yang serius dan membimbangkan.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran juga digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah yang lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.
Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
* Meminta/Menerima Rasuah
* Menawar/Memberi Rasuah
* Membuat Tuntutan Palsu
* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Di Malaysia,pelbagai kes-kes rasuah yang sering dipaparkan daripada yang besar sehinggalah yang kecil.Antaranya menurut laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adanya kes-kes suapan kepada pegawai,suapan rasuah kes khalwat,rasuah kepada pegawai polis,terima rasuah,isu penyelewengan dan sindiket kecurian pasir dan banyak lagi.Dan ini adalah statistik tangkapan oleh SPRM Januari 2012:
Baru-baru ini juga aku dikejutkan dengan menonton berita sukan mengenai adanya kembali gejala rasuah. Apatah lagi adanya isu terbaru dalam arena sukan iaitu gejala rasuah yang dipercayai berlaku dalam skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan serta isu tiga atlet olahraga yang menghilangkan diri ke Bulgaria bagi mengelakkan ujian doping dan tindakan lanjut perlu diambil untuk mengekang perkara tersebut daripada terus menular.Selain itu,pada Disember lalu, dua atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan Sea Indonesia menerusi acara 4x400m dan angkat berat, didapati positif ujian doping Sampel A.
Apakah yang perlu dilakukan?
Kita sedia maklum kesan daripada kegiatan rasuah ini memberikan implikasi yang buruk kepada negara.Rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu negara,pemerintahan negara menjadi lemah,kucar-kacir,kemerosotan ekonomi,pengabaian masyarakat,monopoli serta penipuan berleluasa dan sebagainya.Kesan yang paling buruk akan menyebabkan hancurnya sistem pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.Ada contohnya, seperti yang berlaku di Filipina iaitu kejatuhan kerajaan Presiden Marcos dari tampuk kepimpinan.Malahan ,bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo dikeluarkan daripada pemerintahan kerana menghadapi tuduhan rasuah atas mengenakan harga tinggi ketika perjanjian dengan gergasi telekomunikasi China yang membabitkan jumlah sogokan yang besar.
Apakah langkah yang perlu dilakukan? Antaranya ialah:
1)penguatkuasaan menerusi undang-undang yang ketat. Lakukan hukuman yang berat.
2)kempen tegas dalam sistem pendidikan-tanamkan unsur bencikan rasuah.
3)rakyat harus dididik tentang kesedaran politik.Pemimpin yang rasuah dan nampak tidak bersih semuanya mesti ditolak!
4)Mewujudkan suruhanjaya khas yang mempunyai kuasa menyeluruh,mengkaji,meneliti ,mencadangkan langkah-langkah yang perlu.Misalnya,melakukan penilaian terhadap amalan pilihan raya,mengkaji kuasa-kuasa majlis tempatan,termasuk pemimpin utama kerajaan negeri khususnya Menteri Besar dan anggota Exconya.Jikalau perlu reformasi besar-besaran terhadap sistem kuasa yang ada.
5)kesedaran awam untuk melaporkan kes-kes rasuah kepada SPRM.
Antara contoh negara lain langkah tegas yang dilakukan untuk menangani barah rasuah.Contohnya,di negara China Mahkamah di Beijing menjatuhkan hukuman mati terhadap pegawai tinggi yang didapati menerima rasuah besar sehingga menjejaskan keselamatan awam. Agensi anti rasuah India, Indonesia dan Thailand diperkukuh. Pendakwaan terhadap tokoh politik dan pegawai atasan mereka yang melakukan rasuah akan lebih berkesan lagi.
Perang menentang rasuah adalah sesuatu yang berterusan dan kini usaha ini telah di-lipat gandakan menerusi pelan Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut pandangan islam mengenai rasuah
Orang Islam, sama ada pentadbir, pegawai kerajaan, peniaga, profesional, ahli korporat atau ahli politik tidak sepatutnya menjadi penerima atau pemberi rasuah untuk mendapat sebarang kepentingan peribadi kerana perbuatan itu merupakan satu daripada dosa-dosa besar yang mengundang kecelakaan di dunia dan azab dan kesengsaraan yang pedih di hari kemudian. Rasulullah (S.A.W.) memberi amaran yang keras apabila beliau bersabda, “Pemberi rasuah dan penerima rasuah, kedua-duanya akan berada dalam api neraka.”
Disebutkan dalam hadith :-
لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Akhir kata, islam mengharamkan rasuah dalam apa jua bentuk dan cara.Oleh kerana tidak akan dialih sesuatu dengan menerima sesuatu yang jelas rasuah dengan niat menerima hadiah.Perbuatan itu tidak akan mengeluarkan hukum haram menjadi halal.Ambillah pengajaran daripada kisah khalifah Umar Abdul Aziz pernah diberi hadiah sewaktu beliau menjadi khalifah tetapi ditolaknya.
Rujukan:
http://tranung2.tripod.com/nov/detik150.htm
Al-Azim.com
http://beritasemasa.com/
7 comments:
bermula drp dlm diri masing2...
semoga gejala rasuah dapat dihapuskan
say no to rasuah. insyaAllah
pemberi n penerima rasuah perlu dihukum!
Tumpang lalu.. Anda di tag..
http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/2012/03/segmen-mari-berkawan-follow-by-cik-fiza.html
Hiya! I just would like to give a huge thumbs up for the great data
you’ve gotten right here on this post. I can be coming again to your weblog for extra soon.
Have a look at my homepage; youtube queen seon deok episode 18
Good day! I simply would like to give a huge thumbs up for the great info you
will have here on this post. I can be coming again to your weblog for more soon.
Here is my blog ... yahoo ccl cricket live
Post a Comment