Thursday, December 29, 2011

BEN ASHAARI !!! Terima Kasih follow blog saya...Terharu!!!


Alhamdulillah (الحمد لله) ...

            Bersyukur kepada ALLAH diatas segala nikmatnya.Dah nak masuk tahun baru,Walaupun ada banyak perkara yang tidak beberapa menyebelahi aku dalam tahun 2011 ini ,tetapi aku perlu menerima seadanya dan berdoa semoga aku dapat lebih banyak rezeki daripada ALLAH pada tahun depan.Sekurang-kurangnya ada juga yang menarik iaitu ..Macam tak percaya ..Bulan Disember 2011  ni adalah detik yang menarik bagi pencapaian blog aku walaupun pendapatan  daripada blog aku cuma rm3.00 sahaja daripada syarikat nuffnang itu.

           Mana tidaknya nama yang tidak asing lagi  dalam dunia blogger iaitu Ben Ashaari dah follow blog buruk aku ni.Terima kasih kepada Ben Ashaari sudi singgah dan follow blog saya. Dah lama aku menanti dan menunggu saat ini.Ben Ashaari merupakan seorang blogger terkenal yang mana blognya Santai Bersama Ben Ashaari memang dikenali ramai dan sungguh popular  ...Gembira rasanya bila suatu hari tu buka blog nampak kat followers tu gambar Ben Ashaari yang popular follow blog aku... 

          Siapa tak kenal Ben Ashaari? Mesti korang kenal kan..Gaya penulisan yang dihasilkan sungguh menarik dan santai. Kebanyakannya beliau menulis mengenai hal-hal peribadi dalam blog. Serius aku cakap blog Ben Ashaari merupakan blog  yang aku cukup kagum dan respect sampai sekarang sebab cara dan teknik yang beliau lakukan untuk mempromosi blognya sehingga dikenali ramai seterusnya  menjana pembaca yang semakin hari semakin meningkat! Cuba korang tengok jumlah follower dalam blog dia!!!! Banyak tu..

            Contohilah Ben Ashaari? Kerana dalam setiap entry dan post-post yang di hasilkan oleh beliau mempunyai pengajaran,maksud tersirat dan ada juga pengajaran agama.Memang aku peminat kepada blog Ben Ashaari sejak aku mula-mula membuat blog.Selepas membacanya aku tertarik dengan kebanyakan penulisannya walaupun ada yang kata entri pendek tetapi ada mesej yang ingin disampaikan.Tiap-tiap hari aku akan jenguk blog ini untuk membaca, mengambil dan mempelajari ilmu.Dalam blog Ben Ashaari ini  selalu mempunyai jumlah pembaca yang ramai terutama pembaca setia tapi beliau akan sentiasa updated blog secara konsisten dalam sehari.Dari pemerhatian aku,  blog peribadi Ben Ashaari sememangnya akan mendapatkan pembaca yang berterusan selain dari perkongsian yang menarik. 

Untuk ke blogger yang berjaya sila Klik ke http://www.benashaari.com  

P/S: Blog Ben Ashaari inilah jadi motivasi utk aku lebih bersemangat untuk berusaha menghasilkan penulisan yang lebih bermutu dan menarik..   








Tuesday, December 06, 2011

WikiLeaks open new information

Wikileaks is a website that is used for publishing sensitive materials, documents and news. WikiLeaks established an editorial policy that accepted only documents that were “of political, diplomatic, historical or ethical interest”. Sensitive materials can include national secrets, secrets kept by Governments of various countries and high-profile organizations. 

WikiLeaks has been predominantly represented in public since January 2007 by Julian Assange, the main spokesperson and editor-in-chief for WikiLeaks,who is now generally recognised as the "founder of WikiLeaks.

      WikiLeaks do not have any permanent website due to a number of denial-of-service attacks (by governments) and its severance from different Domain Name System (DNS) providers. Formerly, the website was www.wikileaks.org.

       On December 2011,Julian Assange  make new exposure by make issue document which claimed there is present government use detector to spy their public.For instance,this new exposure display activity about 160 enterprises in 25 countries which developed technology system to enable government detect and monitor individual movement through smartphone, email consignment and their usage check history of internet for their population .  

        Julian Assange said "we has taken out more 287 file reveal mass international supervision industry reality which aims to pass population movement worldwide''.Some of the exposure explain company in west sold the detector system to several countries like Syria, Libyan, Tunisia and Egypt but now it already grow to whole world.

       The WikiLeaks website says one of their goal is "to bring important news and information to the public... One of  most important activities is to publish original source material alongside our news stories so readers and historians alike can see evidence of the truth." 


Wednesday, November 23, 2011

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 telah mula diterima oleh sejumlah besar ibubapa di seluruh sekolah-sekolah di negara ini.

Bermula minggu lalu, semua murid sekolah sama ada menengah atau rendah telah mula menerima bantuan khas RM100 seperti yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 yang lalu. Bantuan khas yang diberikan bertujuan untuk meringankan beban ibu-bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka pada awal tahun hadapan.Pembayaran bantuan tersebut adalah untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 2011.

"Pihak sekolah  perlu mematuhi arahan Kementerian Pelajaran bagi memastikan pemberian bantuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan Belanjawan 2012, dapat dinikmati rakyat ,"  kata Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin.Tetapi,ada juga kes yang mengejutkan  iaitu kisah  mengenai guru besar yang melemparkan wang kepada ibu-bapa.

Rata-rata rakyat sangat berpuas hati dengan bantuan ini, yang diagihkan melalui sekolah-sekolah dan diberikan secara tunai.Tersenyum kebanyakan ibu-bapa yang mengiringi anak-anak menerima bantuan khas RM100 daripada pihak kerajaan walaupun terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran.Kebanyakan ibu-bapa bersyukur dan menyambut baik langkah kerajaan memberi bantuan kepada keluarga pelajar terutama golongan yang berpendapatan rendah.  

P/S:Pentingnya peranan pemimpin dalam sesebuah negara  yang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap masalah rakyat. 

Rujukan: gerakanantidap.blogspot.com/.
              http://www.bharian.com.my/

Thursday, November 10, 2011

Alamak!!! Apabila komen keluar tulisan daripada Hotfile.com....




Alamak!!!Apa dah jadi dengan blog aku ni...Kenapa aku komen di blog lain keluar tulisan lain macam ni.Tulisan macam ini yang keluar apabila aku komen di blog lain..
omg look !!!85zl :O - http://www.facebook.com.quickymart.co.uk/photo-za6285.jpeg..sebelum ni bila aku  klik dekat link tu ..terus keluar laman web Hotfile.....virus ke apa  ni.ada orang hantar virus  ke ...masuk bulan november pulak tu jadi perkara ni..Mungkin aku tersalah klik dan membuka apa-apa link download daripada Hotfile.Takpun ada orang hantar virus ..Entahla.Aku dah pening dah ni...Macam mana boleh jadi macam ni pulak apabila komen?

Adoii..nak buat macam mana ni...ada sesiapa yang boleh tolong macam mana nak betulkan balik supaya tak keluar lagi tulisan tu yang rasanya bagi aku macam virus malware kot ..Aku harap sangat pada sesiapa yang dapat membantu aku menyelesaikan masalah ini supaya keadaan kembali elok seperti sediakala.
Sekian,terima kasih.

P/S:Tarikh hari yang dikatakan orang menarik iaitu  11.11.11  jatuh pada hari jumaat iaitu penghulu segala hari.ALLAH MAHA BESAR.Harap-harap blog aku ni pulih seperti keadaan asal.  

Saturday, October 29, 2011

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011


Negeri Sembilan telah berjaya ditabalkan  juara piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 di stadium Shah Alam,Selangor.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN AKHIR:                            
TERENGGANU1-2NEGERI SEMBILAN 

Gol pertama pasukan Terengganu dijaringkan oleh  Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke-59 namun pasukan Negeri Sembilan dapat bangkit menyamakan kedudukan selepas tendangan S. Kunanlan gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee yang menyebabkan bola melantun ke dalam gol pada minit ke-81.Gol kemenangan Negeri Sembilan dijaringkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-86 perlawanan  hasil hantaran lintang Shukor Adan.Kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat permainan.

Hairuddin Omar telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam perlawanan akhir manakala pasukan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai pasukan Fair Play.  
 
Pada aksi perlawanan akhir malam tadi,memang satu perlawanan yang sengit,kedua-dua pasukan dapat menampilkan permainan yang seimbang sepanjang 90 minit dan pemain berjuang hingga ke minit-minit terakhir.Bagi pasukan Negeri Sembilan,mereka berusaha dan masih mencuba untuk menyamakan kedudukan apabila ketinggalan 1-0, akhirnya berjaya hasil kesilapan penjaga gol Terengganu.Selepas itu,Hairuddin Omar menjadi wira pasukan Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol  kemenangan yang menarik untuk pasukan. 

Bagi pasukan Negeri Sembilan ini kali ketiga mereka berjaya menjulang Piala Malaysia selepas tahun1948 dan 2009.Apa yang menarik ialah mengenai warna baju  yang dipakai oleh jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah yang dikatakan ada tuah untuk pasukan.Tahniah!! buat pasukan bola sepak Negeri Sembilan.    

P/S: Detik cukup istimewa bagi Hairuddin Omar, 32,  telah mencipta catatan menarik iaitu dia turut berjaya menjaringkan gol dalam dua edisi final piala Malaysia sebelum ini.  


 

Tuesday, October 25, 2011

Peraturan-peraturan keselamatan diri dan nyawa ketika bekerja




Selamat sejahtera kepada semua pembaca.Semoga kita semua bersyukur kepada ALLAH diatas setiap rezeki yang diberikannya.Oleh demikian,haruslah kita sebagai hambanya mengikut dan patuh kepada segala yang disuruh di dalam agama islam dan meninggalkan segala larangannya.Segala peraturan yang ditetapkan oleh ALLAH adalah untuk kehidupan manusia supaya mengikut di atas jalan yang lurus. Hmm..kali ini rasanya ingin berkongsi sedikit info yang aku jumpa dan baca di rumah abang aku iaitu mengenai peraturan-peraturan keselamatan diri dan  nyawa ketika bekerja.Info ini sangat berguna terutama kepada pekerja-pekerja yang bekerja di tapak projek dan di kawasan kerja yang persekitarannya berbahaya.

        Pekerja-pekerja dan kontraktor-kontraktor perlu pengetahuan dan mesti tahu tentang keselamatan diri dan nyawa serta bagaimana “melakukan perkara-perkara betul” yang boleh membawa membawa perubahan dengan melakukan tindakan yang berkesan untuk menghalang daripada  kecederaan serius.Ia satu aspek keselamatan untuk melindungi kawasan-kawasan risiko seperti jalan dan pelabuhan, keselamatan proses, kesihatan pekerjaan dan bekerja di kemuncak atau dalam ruang-ruang terbatas untuk melindungi kesihatan, keselamatan  dan segala aktiviti projek daripada  kesan buruk dan juga  terhadap alam sekitar.

Dibawah ini adalah 12 peraturan-peraturan keselamatan diri dan nyawa:


1.kerja dengan permit kerja yang jelas apabila diperlukan.

2.menjalankan ujian-ujian gas apabila diperlukan.

3.mengesahkan pengasingan sebelum pekerjaan bermula dan penggunaan peralatan  untuk menentukan hidup bagi melindungi daripada bahaya.

4.dapatkan pemberian kuasa sebelum memasuki satu ruang terkurung.

5.dapatkan pemberian kuasa sebelum melumpuhkan keselamatan peralatan yang kritikal.

6.lindungi diri anda daripada jatuh apabila bekerja di tempat ketinggian.

7.jangan berjalan di bawah satu beban yang digantung.

8.jangan hisap rokok di luar kawasan merokok.   

9.tiada alkohol atau dadah semasa bekerja atau memandu. 

10.semasa memandu, tidak gunakan telefon anda dan tidak melebihi had laju. 

11.sentiasa memakai seat belt(tali pinggang keledar) anda. 

12. mengikut  Perjalanan Pelan Pengurusan yang ditetapkan.    



Ok.Itu adalah serba sedikit ringkas maklumat yang dapat dipaparkan.Kepada yang ada cadangan lain dan idea boleh la tulis di ruangan komen..hehe. Diharapkan setiap pekerja dapat kukuhkan dan menerapkan budaya keselamatan dalam memastikan semua faham dan mengikut peraturan-peraturan dan etika  kerja.
 
P/S: Walauapapun kita sudah mematuhi segala peraturan, yang paling penting mohonlah dan berdoa kepada ALLAH yang akan menentukan segalanya untuk keselamatan diri serta menghindarkan diri daripada segala bahaya.  

Rujukan: SapuraAcergy

Tuesday, October 04, 2011

140 billion pictures on Facebook

In September 2011,140 billion pictures are now on Facebook.When you upload picture into facebook imagine that figure.This means facebook is the social network`s photo library as the largest photo sharing site on the internet.That how many  people use facebook to snap photo which prove  there use a medium on the popular social network.

The number is 10,000 times more than the photo catalogue in the largest library in the world, the Library of Congress.Flickr a website specific host devoted to image and video hosting is also lagged by the staggering 140billion snaps on Facebook.  Its 750 million  facebook users upload more than 200 million photos a day. 

           An estimated 2.5billion people in the world have a digital camera.In fact,number of pictures that recorded every two minutes per day is the same the number with picture that recorded in 1880s.If the average person takes 150 photos a year, this mean 375 billion pictures taken overall.Over 70 billion photos expected will be uploaded this year to Facebook,meaning about 20% from all picture that taken will be included to the site.