Saturday, October 29, 2011

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011


Negeri Sembilan telah berjaya ditabalkan  juara piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 di stadium Shah Alam,Selangor.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN AKHIR:                            
TERENGGANU1-2NEGERI SEMBILAN 

Gol pertama pasukan Terengganu dijaringkan oleh  Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke-59 namun pasukan Negeri Sembilan dapat bangkit menyamakan kedudukan selepas tendangan S. Kunanlan gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee yang menyebabkan bola melantun ke dalam gol pada minit ke-81.Gol kemenangan Negeri Sembilan dijaringkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-86 perlawanan  hasil hantaran lintang Shukor Adan.Kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat permainan.

Hairuddin Omar telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam perlawanan akhir manakala pasukan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai pasukan Fair Play.  
 
Pada aksi perlawanan akhir malam tadi,memang satu perlawanan yang sengit,kedua-dua pasukan dapat menampilkan permainan yang seimbang sepanjang 90 minit dan pemain berjuang hingga ke minit-minit terakhir.Bagi pasukan Negeri Sembilan,mereka berusaha dan masih mencuba untuk menyamakan kedudukan apabila ketinggalan 1-0, akhirnya berjaya hasil kesilapan penjaga gol Terengganu.Selepas itu,Hairuddin Omar menjadi wira pasukan Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol  kemenangan yang menarik untuk pasukan. 

Bagi pasukan Negeri Sembilan ini kali ketiga mereka berjaya menjulang Piala Malaysia selepas tahun1948 dan 2009.Apa yang menarik ialah mengenai warna baju  yang dipakai oleh jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah yang dikatakan ada tuah untuk pasukan.Tahniah!! buat pasukan bola sepak Negeri Sembilan.    

P/S: Detik cukup istimewa bagi Hairuddin Omar, 32,  telah mencipta catatan menarik iaitu dia turut berjaya menjaringkan gol dalam dua edisi final piala Malaysia sebelum ini.  


 

7 comments:

Abg Stalker said...

jaring ke 2 dr Hai-O mmg terbaik la.lipat tu..

farhan said...

ye btul tu abg stalker...memang terbaik gol ke2 tu..aku rasa Hai-O patut dipanggil dan dicuba oleh rajagopal dalam pasukan Malaysia..

by Zent said...

Salam dari shah. Tujuan shah singgah sini sebab nak ajak korang semua join FOLLOWER GIVEAWAY shah yang baru sahaja dilancarkan :)

kalau berminat boleh join di sini ye: http://shah-cyber.blogspot.com/2011/10/giveaway-pertama-sc-di-blog-baru-ni.html


Entri Terbaru: Google Translate Menghina Al-Quran!



Giveaway SC: http://shah-cyber.blogspot.com/2011/10/giveaway-pertama-sc-di-blog-baru-ni.html

logorithm said...

Tahniah NS! My hometown tuh... :-)

Apa warna baju coach yang dikatakan ada 'ong' tuh?


Terbaru dari Logokoko:

[U] Suis

[U] Wajah Siti sekiranya simetri sempurna

[U] Kesian budak nih...

ekabukanmakcikkau. said...

ni semua sebab sarbini tak reti tangkap bla . kesian ashaari srottt srottt *kesat hingus

Hans said...

azraai khor power

farhan said...

logo..baju yg dikatakan ada tuah tu warna pink