Wednesday, November 23, 2011

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 telah mula diterima oleh sejumlah besar ibubapa di seluruh sekolah-sekolah di negara ini.

Bermula minggu lalu, semua murid sekolah sama ada menengah atau rendah telah mula menerima bantuan khas RM100 seperti yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 yang lalu. Bantuan khas yang diberikan bertujuan untuk meringankan beban ibu-bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka pada awal tahun hadapan.Pembayaran bantuan tersebut adalah untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 2011.

"Pihak sekolah  perlu mematuhi arahan Kementerian Pelajaran bagi memastikan pemberian bantuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan Belanjawan 2012, dapat dinikmati rakyat ,"  kata Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin.Tetapi,ada juga kes yang mengejutkan  iaitu kisah  mengenai guru besar yang melemparkan wang kepada ibu-bapa.

Rata-rata rakyat sangat berpuas hati dengan bantuan ini, yang diagihkan melalui sekolah-sekolah dan diberikan secara tunai.Tersenyum kebanyakan ibu-bapa yang mengiringi anak-anak menerima bantuan khas RM100 daripada pihak kerajaan walaupun terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran.Kebanyakan ibu-bapa bersyukur dan menyambut baik langkah kerajaan memberi bantuan kepada keluarga pelajar terutama golongan yang berpendapatan rendah.  

P/S:Pentingnya peranan pemimpin dalam sesebuah negara  yang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap masalah rakyat. 

Rujukan: gerakanantidap.blogspot.com/.
              http://www.bharian.com.my/

5 comments:

kasgus said...

smoga bantuan na d manfaatkan dengan baik n benar.

puanbee said...

dah dapat kelmarin syukur ..

logorithm said...

Takkan la yang kaya pon dapat?

the sun daily said...

thanz government...tp,perang ttp perang..huhuhu

farhan said...

the sun daily,perang apa pulak ni??