Thursday, December 06, 2012

Keburukan Blogging

Bismillahirrahmanirrahim,     

     Macam-macam hal yang berlaku, kisah dan cerita dalam kehidupan masing-masing.Setiap manusia berbeza kisahnya.Tadi aku baca blog lipstikmerah mengenai kisah kehidupannya menjelajah negeri Johor.Seronok kan dapat melancong,makan makanan yang lazat.Untunglah kepada mereka yang dikurniakan ALLAH dengan kekayaan,pangkat ,wang dan pengaruh.Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berkemampuan..

       Kita sebagai makhluk ciptaan ALLAH janganlah lupa dan lalai dengan arus kehidupan dunia.Hidup kita adalah untuk diuji dan di akhirnya perjalanan kita ialah kembali menemui ALLAH dengan membawa amalan masing-masing...Pilihan di tangan masing-masing.Kita sebagai manusia bertanggungjawab untuk pilihan kita sendiri iaitu memilih kebaikan atau keburukan.Adakah kita dapat bersabar dengan ujian ALLAH dan melaksanakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang??

      Orang kata setiap benda ada lawannya.Ada realiti dan fantasi.Ada muda ada tua.Adanya masa depan dan adanya sejarah dahulu.Ada baik dan ada buruk.Begitulah juga dengan blog.Ada  kebaikan dan  ada juga keburukan blogging ini.Ini cuma pendapat aku tentang keburukan blogging.Kalau korang tak dapat terima..itu hak masing-masing.Ok.

Antara keburukan blogging ialah
1.Menyebarkan fitnah,memburukkan orang lain,Perasan tak ada sesetengah yang  menaip ikut suka dengan katanya ''ikut suka aku la blog aku'' dan menganggap hanya pendapat dia sahaja yang betul.
2.Perasan bagus atau dengan kata lain sombong.Wujud kelompok tertentu.Sesetengah blogger yang semakin naik akan sombong dan tidak bercampur dengan mereka yang baru.
3.Menggalakkan penyamaran,akan berlakunya cakap besar dalam penulisan blog sebab dalam blog orang tidak tahu siapa kita sebenarnya iaitu dengan tidak memaparkan nama dan wajah sebenar.
4.Berlakunya penipuan dengan menyampaikan maklumat palsu, fakta salah dan meniru hasil orang lain.
5.Maklumat dalam blog belum tentu betul atau sahih..banyak yang berbeza.Sebab itu kita kena akui juga dengan peranan wartawan dalam menyampaikan kebenaran sesuatu berita.
6.Leka dengan dunia maya sehingga tidak melakukan aktiviti luar.Lebih mementingkan blog(taksub) daripada hal-hal lain.Contohnya dalam sehari kalau tak updated tak sah..kalau bab agama dapat pula ditinggalkan.
7.Melakukan spam di  merata tempat..untuk mendapat keuntungan daripada iklan.seperti iklan churp2..apabila klik keluar pula tiga empat  iklan sekaligus.Ini aku cukup tak suka.

    Haha.Ini cuma nasihat.Ambil yang baik dan buang yang buruk.Nampak tak blog ini juga sebenarnya adalah mainan dunia.Sampai bila kita nak blogging..sampai dah mati baru nak berhenti.sebagai pedoman dalam kubur tak tanya berapa banyak trafik dalam blog.Tak salah nak blogging tapi perlu ada had dan batasannya.

P/S:Amalkanlah  dalam penulisan blog kita agar dapat memberi maklumat  yang menjurus kepada kebaikan bukannya keburukan.

Rujukan:http://wiki.answers.com/Q/Kebaikan_dan_keburukan_blog 

2 comments:

Mohd Zakwan said...

ish.. dahsyatnya kalau blogging cara yang salah kan

bicara mak dara said...

berblogging ni ada baik dan ada buruknya.. semuanya terpulang kepada pemilik blog kemana arah yang ingin ditujunya ;)