Friday, March 15, 2013

Di Sebalik Tabir 9 Formula Pantas Seru Rezeki


9 Formula, Formula Amalan Peribadi

Perhatian:Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan iaitu Insyirah Azhar.Ebook ini juga adalah hasil penerangan coaching penulisan ebook yang Tuan Aqif anjurkan..Dalam artikel ini mempersembahkan diari motivasi daripadanya.

Ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki adalah ebook daripada Insyirah Azhar.Ini adalah ebook formula amalan peribadi yang saya amalkan. Dalam menyusuri kehidupan yang penuh dengan cabaran, nikmat kekayaan adalah sesuatu yang ramai antara kita impikan.

Namun, kadang-kala, akibat obses dengan kekayaan, kita lupa pada Tuhan. Lantas, mencari lubang-lubang yang mungkin menjerumuskan kita mengamalkan ilmu khurafat. Nauzubillahi min zalik.

Oleh sebab itu, saya terbitkan ebook ini. Sebaik-baik kehidupan adalah dengan kembali kepada Allah. Jika ingin kaya, sedekah dan berniaga, jika ingin bahagia, bersyukur. Itu adalah antara perkara yang ramai antara kita terlepas pandang.

Ebook ini adalah olahan formula, selama saya hidup di universiti kehidupan. Ia adalah formula terbaik yang Allah beri panduan, untuk mencipta kekayaan dunia dan Akhirat. Ia bukan sekadar tulisan, malah boleh menarik diri kita disayang Tuhan.       

Derasan Testimonial Yang Luar Biasa

Tidak pernah saya sangka, ebook ini akan menginspirasikan ramai orang. Sejak ia dilancarkan pada 10 Disember 2012, Alhamdulillah, saya telah menerima puluhan testimonial yang luar biasa.

Walau ia kelihatan seperti karya jalanan, tetapi dengan izin Allah, ia terkesan pada hati ramai insan.

Ramai yang memberi respon, ebook saya telah memberi cahaya dalam hidup mereka. Ada kehidupan keluarga yang berubah, setelah membaca ebook 23 muka surat saya.

Adapun, peroleh rezeki tidak diduga dalam masa 3 hari, apabila mula amalkan salah satu daripada formula dalam ebook ini. Subhanallah.

Alhamdulillah, di kala ini, lebih 100 orang yang telah mendapatkan ebook ini. Dengan mendapatkan ebook ini, pembeli akan mendapat akses ke group tertutup di Facebook, bertujuan untuk menginspirasikan orang lain yang telah mengamalkan formula itu. Sebuah perkongsian yang tidak ternilai.

Maha Suci Allah.
Ebook ini bakal buat rezeki 'mesra' dengan kita.Dengan izin Allah, ia berlaku.Seandainya ingin merasa perkongsian dalam group itu,dapatkan ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki. Klik... http://topsales.jomniaga.com/go/farhandin/




Friday, March 01, 2013

Jemputan ke Bandar Suci Makkah dan Madinah




Hari ini hari jumaat,hari yang paling mulia dalam kalender islam.Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad S.A.W..sentiasalah kita berdoa kepada Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan kepada baginda.


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)


Rasa ingin berkongsi sedikit ringkasan menjadi tetamu Allah ke bumi Arab Saudi pada awal Februari 2013. Kenangan yang  paling bermakna dan indah apabila diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan Madinah.Perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.Pengalaman dan ujian semasa mengerjakan umrah bersama keluarga ketika berada di sana selama 2 minggu sememangnya tidak dapat dilupakan.Perasaan apabila berada di sana memang lain.Itulah keajaiban Tanah Suci.Hanya yang dah kesana sahaja tahu perasaannya.Rasa kagum dan semangat untuk beribadat.Lagi-lagi bila dapat bersembahyang di dalam  Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah.Bukan macam masjid-masjid biasa.Ganjaran pahalanya sungguh besar Masjidil Haram Makkah (10,000 ganda) Masjid Nabawi(1000 kali ganda) .Apabila berada di sana,sememangnya kena banyak bersabar dan jangan mulut celupar .Tetapi jiwa saya lebih tenang apabila berada di Madinah.Di dalam masjid Nabawi,saya juga berkesempatan untuk masuk dan sembahyang di dalam Raudhah(taman-taman syurga) walaupun sekali sahaja selepas beberapa kali mencuba kerana ramainya orang berebut-rebut untuk masuk.disamping itu juga melawat makam nabi Muhammad SAW,Abu Bakar dan Umar..Antara peristiwa yang membuatkan saya teringat:

a)pada org tua di Makkah tu yang hulur aku air zam-zam.siapakah orang tua itu??.semoga dia diberkati oleh Allah.
b)ketika berjalan kaki hendak ke Masjidil Haram Makkah tiba-tiba datangnya seorang rasanya orang arab memegang bahu dengan rapat dan bertanya saya daripada mana. 

Ujian,halangan,kesilapan serta perkara yang berlaku daripada bermulanya perjalanan sehingga akhir untuk mengerjakan umrah tidak perlu rasanya untuk saya ceritakan.. Ada juga orang beritahu  yang kita tidak perlu menceritakan apa-apa peristiwa yang berlaku di sana kepada orang lain.Ye ke? Ramai yang kata sesiapa yang pernah pergi sekali kesana pasti rasa nak pergi lagi...dan rindu pasti terasa apabila mula tinggalkan bumi Arab Saudi.Hehe.Yang penting kepada yang bakal ke sana untuk mengerjakan umrah atau haji perlulah bersiap sedia dengan ilmu.Jangan pergi kosong macam tu je..haha.Banyak iktibar yang  boleh diambil sepanjang berada di tanah suci Makkah dan Madinah. Semoga segala ibadat dan umrahku diterima oleh Allah.
Harap ada manfaat:)

P/S: Rindu pada tanah suci Makkah dan Madinah dan rasa nak tinggal di Arab Saudi terus.