Tuesday, August 05, 2014

Tabiat Yang Akan Menyebabkan Sakit Belakang

Pernah tak korang mengalami sakit belakang...Rasanya banyak sebab  sakit belakang boleh berlaku.Antaranya disebabkan oleh faktor usia,  salah dalam melakukan aktiviti dan macam sebab lagi.Salah tidur pun boleh menjadi penyebab.aku pernah rasa.mungkin tersalah angkat barang semasa kerja.woo..perit rasa.sapu minyak dan ubat.nasib baik makin lama kurang sakit..semuanya atas izin Allah yang dapat menyembuhkan segala penyakit.

Aku nak kongsi  sedikit antara 10 tabiat yang akan menyebabkan sakit belakang:

1)Duduk terlalu lama
2)Makan makanan yang tidak menyihatkan dan tidak seimbang
3)Tekanan stress meningkat
4)Memakai kasut tumit tinggi
5)Menonton televisyen terlalu lama
6)Tidak mempedulikan sakit belakang
7)Tidur di tilam yang lama
8)Mengangkat beg yang terlebih berat
9)Meninggalkan senaman
10)Tempat duduk di kedudukan badan yang tidak betul dan teruk

Jadi antara cara untuk mengelakkan berlakunya sakit belakang ialah dengan kerap bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.. selain itu bolehlah dapatkan petua daripada  yang pakar dan ada pengalaman..

P/S:Jika kesakitan masih tidak berkurang segera berjumpa doktor.

Rujukan: WWW.BACKSURGEONNJ.COM

3 comments:

Maria Awi said...

memang sesuai tips ini untuk akak yang sakit belakang...

Cara Menghilangkan Jerawat

Denaihati said...

masalh biasa terutamanya bila makin berumur ni. terima kasih tipnya.

faezah jalil said...

kalau dah sakit belakang, rasa macam demam! Nak buat kerja pon tak boleh..best kalau duduk di kerusi urut sepanjang hari! :D
Jemput datang ke blog saya...