Thursday, June 09, 2011

Persediaan Untuk Hari Yang Kekal Abadi



Assalamualaikum dan selamat malam.Di tengah malam ni datangnya ilham untuk menulis mengenai hari yang pastinya akan terjadi sebagai peringatan antara satu sama lain.Semoga kita semua mendapat hidayah dan rahmat daripada ALLAH.Dalam kita sibuk menjalani kehidupan seharian,pernahkah kita terfikir mengenai kesudahan dan pengakhiran hidup kita.Apakah yang akan berlaku dan kemanakah destinasi seterusnya?Jawapannya adalah sebagai manusia yang telah diciptakan oleh ALLAH,setiap manusia akan menghadapi hari kiamat iaitu  adalah hari di mana seluruh manusia dibangkitkan dan diperhitungkan amalnya samada baik atau buruk.Oleh yang demikian,untuk menghadapinya kita perlulah segera berubah dan membuat persiapan dengan segera sebelum terlambat.
Waktu demi waktu terus berlalu, namun betapa  diri kita masih menunda-nunda mempersiapkan diri menghadapi hari itu. Allah ‘azza wa jalla berfirman, ”Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).” (QS. Al Anbiya: 1)
           
            Sebagai manusia biasa,kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.Oleh itu,apabila telah melakukan dosa,kita perlu segera bertaubat kepada ALLAH dan  bersegera dalam mempersiapkan bekal diri untuk bertemu ALLAH YANG MAHA BERKUASA.Bekal dan persiapan perlulah dilakukan dengan berterusan kerana masa itu sangat berharga.Dua bekalan dan persediaan  utama ialah iman dan amalan soleh.
           
            Dengan iman yang kukuh bagi orang islam, percaya dengan adanya ALLAH yang satu dan maha berkuasa di atas segala-galanya.Umat islam perlu beriman serta berpegang teguh pada ajaran ALLAH dan mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan ALLAH.
Adanya iman yang mantap,hati kita akan diteguhkan dalam menghadapi segala ujian hidup.Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.Orang-orang yang beriman kepada ALLAH, ALLAH akan memberikan kemantapan seseorang dalam menjawab pertanyaan kubur.
  
         Bekal yang seterusnya ialah amal soleh, dengan amal soleh inilah yang akan memasukkan kita ke dalam syurga.
“Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai.” (QS. Al Hajj: 14)
 Syarat sesuatu perbuatan dikira sebagai amal soleh iaitu niat yang ikhlas kerana Allah.Amalan itu juga mesti bertepatan dengan syariat Allah dan petunjuk Rasulullah saw.       
        
          Sebagai penutup, untuk mencapai iman dengan amal soleh perlunya ilmu.Dengan menuntut ilmu,kita dapat meningkatkan keimanan, takwa serta amal soleh dalam setiap waktu dan kesempatan yang kita miliki.Wallohu ‘alam.
              
P/S: 4 perkara yg Allah pandang pada manusia untuk umat islam mengikut peringkat amalan, ilmu,jihad, dan yang paling bagus taqwa.  
Rujukan daripada Abu Ibrahim R Indra P. (Alumni Ma’had Ilmi)
www.muslim.or.id.

5 comments:

Chan said...

setuju. :) kita kena sentiasa bersedia

||aLeaSaRa|| said...

slm perkenalan dan slm sggh sini.trma kasih dpt lagi kite ilmu di bulan rejab ni.smga Allah berkati dan permudahkan urusan bro ye amin...

cik wanie Lovela (CWL) said...

nice entry folow

Hans Hanis said...

entry yg bagus dan banyak manfaat
alhamdulillah

Review Filem Transformers: Dark Of The Moon 3D

YuFakhrullah said...

insaf2...