Saturday, September 24, 2011

Undang-undang Pelik di dunia

Assalamualaikum..  aku dengan ini selaku penulis blog wideareas ingin menyebarkan maklumat mengenai pelik.Apa yang pelik??? Macam-macam ada.Dunia dah akhir zaman.Banyak dah perkara pelik yang  berlaku di  seluruh dunia.Terutamanya manusia dan perkara pelik yang dilakukannya.Antaranya yang pernah aku baca dalam internet ni manusia pelik dengan 24jari,budak 2 tahun diperkosa,terdapat 50 jarum jahit dalam tubuh anak,manusia ingin mengubah mukanya kepada binatang dan banyak lagi sebenarnya.Pelik kan..Mungkin sebagai petanda dunia dah nak kiamat.Jadi kita perlu mulakan langkah segera.Jangan hanyut dalam arus keduniaan semata-mata.

Ok..sebenarnya adalah aku nak berkongsi sedikit apa yang aku baca dalam suratkhabar mengenai  undang-undang pelik yang berlaku di serata dunia..yang akan mendatangkan masalah antara anda dan pihak berkuasa di seluruh dunia.Ada 10 jenis undang-undang pelik:

1. Mengepam tandas selepas jam 10 malam - Switzerland

Di Switzerland, penghuni pangsapuri tidak dibenarkan mengepam tandas selepas jam 10 malam. Ia juga menjadi satu kesalahan untuk lelaki kencing berdiri walaupun di dalam rumah sendiri selepas tempoh itu bagi mengelak bunyi bising. 

Penalti: Tiada denda pernah dikeluarkan, hanya tidak digalakkan.

2. Berhenti di lebuh raya - Jerman

Kehabisan minyak di lebuh raya di Jerman mengundang padah, bukan hanya kerana anda terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan minyak, tetapi juga kerana ianya menjadi satu kesalahan untuk berhenti di lebuh raya. Dan anda juga tidak boleh berjalan mencari minyak, kerana berjalan di lebuh raya itu juga dilarang.

Penalti: Denda mencecah AS$100 (RM300).

3. Memandu tanpa baju - Thailand

Jangan biarkan iklim tropika yang nyaman di Thailand membuatkan anda ingin memandu tanpa baju. Polis akan mengeluarkan saman serta-merta jika anda dilihat memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa mengenakan baju.

Penalti: Denda kira-kira AS$10 (RM30).

4. Membayar menggunakan wang syiling - Kanada

Akta Wang 1985 di Kanada menetapkan peraturan bagaimana syiling digunakan termasuk meletakkan had munasabah bagi pembayaran menggunakan wang syiling. Anda tidak boleh membayar sesuatu yang bernilai AS$10 (RM30) dengan syiling sahaja atau menggunakan syiling satu dolar untuk membayar barang berharga lebih AS$25 (RM75).

Penalti: Penjual boleh menerima bayaran itu jika mahu tetapi mengikut undang-undang, penjual boleh menolaknya dan menghalau anda keluar dari kedai.

5. Kasut/selipar hasilkan bunyi bising - Itali

Penduduk tempatan di pulau Capri, Itali tentunya sangat menghargai keadaan senyap dan tenang di bandar itu kerana satu larangan baru diperkenalkan bagi menghalang orang ramai memakai kasut atau selipar yang menyebabkan bunyi bising.

Penalti: Kemungkinan ditahan polis dan didenda. 

6. Memandu kereta kotor - Russia

Ada yang menganggap peraturan ini hanya alasan untuk polis mengeluarkan lebih banyak saman kepada pemandu tetapi anda tetap perlu peka dengan tahap kekotoran kereta anda apabila memandu di Moscow, kerana memandu kereta kotor - iaitu sehingga tahap nombor plat tidak jelas atau pemandu tidak kelihatan - boleh menyebabkan anda disaman.

Penalti: Saman akan dikeluarkan tetapi jumlahnya bergantung kepada budi bicara polis.

7. Larangan terjun payung untuk wanita bujang - Amerika Syarikat

Kepada wanita muda, bujang dan gemarkan aktiviti terjun payung,anda mungkin perlu berhati-hati apabila berada di Florida, AS kerana wanita belum berkahwin yang melakukan terjun payung pada hari Ahad boleh dipenjara.

Penalti: Denda, dan juga boleh dipenjara.

8. Mengunyah gula-gula getah - Singapura

Undang-undang paling pelik di Singapura berasal daripada niat kerajaan untuk memastikan negara itu sentiasa bersih, dengan melarang rakyat dan pelancong di negara itu mengunyah gula-gula getah serta mengharamkan penjualannya. Peraturan itu dilonggarkan sedikit, pada 2004 dan gula-gula getah Nicorette untuk tujuan berhenti merokok dibenarkan (tetapi anda perlu mendapatkannya daripada doktor yang akan merekod nama anda).

Penalti: Saman bernilai hampir AS$100 (RM300)

9. Meninggal dunia di Bangunan Parlimen - Britain

Sebab utama orang ramai dilarang meninggal dunia di Parlimen kerana ia dianggap sebahagian daripada istana. Sesiapa yang meninggal dunia di situ secara teknikalnya perlu diberikan pengebumian negara. Jadi jika anda kelihatan sakit, pekerja Parlimen akan membawa anda keluar secepat mungkin. Jurucakap Parlimen Britain berkata, undang-undang itu mungkin tidak berasas tetapi ia tetap wujud dan tertulis di dalam akta tertentu.

Penalti: Tiada, kerana pesalah telah meninggal dunia, menjadikannya undang-undang paling tidak masuk akal pernah digubal dan masih berkuatkuasa walau tidak pernah diguna.

10. Boleh hisap ganja, bukan rokok - Belanda

Peraturan yang berkuatkuasa di Belanda pada 2008 menghalang orang ramai menghisap rokok di tempat awam seperti kafe dan restoran, tetapi mereka tetap dibenarkan menghisap ganja.

Penalti: Denda kira-kira AS$70 (RM210)

Panjang betul rasanya entry ni.Nampak tak apa yang pelik..haha.Walauapapun undang-undang ciptaan manusia tidak kekal,tidak sempurna,ada kepentingan tertentu dan selalu berubah-ubah.

P/S: melaksanakan undang-undang syariah Islam secara total untuk kesejahteraan hidup manusia.

Rujukan:sinar harian

13 comments:

kukin said...

WAHAHA hebat ! tak penah aku tau pun asda undang2 pelik ni =="

Ini Kisah Tia said...

eh , dah baca ni dekat blog arul .. heheh :)

farhan said...

banyak pulak dah wat entry pasal ni..pasal undang2 tu sama,cuma tambah sikit idea bagi lain sikit..bacala

logorithm said...

Tak sangka pulak Thailand melarang memandu tak berbaju. Tiger show boleh pulak? Hehe...


Terbaru dari Logokoko:

[10SX] Bermacam-macam KOTE

[U] Hujung minggu yang terganggu

[11PG] Gambar lori Alam Flora eksiden...

blog-tips-kurus said...

apakah motif Thailand tu yek? hehe..

Anonymous said...

Malaysia pun ada.
nyalakan lampu motosikal di siang hari.

farhan said...

malaysia pun ada jgk ke..tak tahu pulak

Wan said...

Hehe,ada juga ke undang2 pelik mcm ni..

Ingatkan undang2 3 abdul yg pelik..

Ezad Skytech said...

tak nak aq pergi negara yg ada undang2 pelik macam ni..haha~

Zik said...

pelik betul2 undang2 selain kat malaysia... kui2...

farhan said...

memang pelik btul

Ayna Syahira said...

huh ! pelik-2 .

Cikgu Hairul said...

Undang2 ciptaan manusia memang pelik. Yang pelik tu takde pulak buat demo bantahan. Yang dah termaktub dalam Al Quran tu jugak yang dibantah bermati-matian.