Tuesday, October 25, 2011

Peraturan-peraturan keselamatan diri dan nyawa ketika bekerja




Selamat sejahtera kepada semua pembaca.Semoga kita semua bersyukur kepada ALLAH diatas setiap rezeki yang diberikannya.Oleh demikian,haruslah kita sebagai hambanya mengikut dan patuh kepada segala yang disuruh di dalam agama islam dan meninggalkan segala larangannya.Segala peraturan yang ditetapkan oleh ALLAH adalah untuk kehidupan manusia supaya mengikut di atas jalan yang lurus. Hmm..kali ini rasanya ingin berkongsi sedikit info yang aku jumpa dan baca di rumah abang aku iaitu mengenai peraturan-peraturan keselamatan diri dan  nyawa ketika bekerja.Info ini sangat berguna terutama kepada pekerja-pekerja yang bekerja di tapak projek dan di kawasan kerja yang persekitarannya berbahaya.

        Pekerja-pekerja dan kontraktor-kontraktor perlu pengetahuan dan mesti tahu tentang keselamatan diri dan nyawa serta bagaimana “melakukan perkara-perkara betul” yang boleh membawa membawa perubahan dengan melakukan tindakan yang berkesan untuk menghalang daripada  kecederaan serius.Ia satu aspek keselamatan untuk melindungi kawasan-kawasan risiko seperti jalan dan pelabuhan, keselamatan proses, kesihatan pekerjaan dan bekerja di kemuncak atau dalam ruang-ruang terbatas untuk melindungi kesihatan, keselamatan  dan segala aktiviti projek daripada  kesan buruk dan juga  terhadap alam sekitar.

Dibawah ini adalah 12 peraturan-peraturan keselamatan diri dan nyawa:


1.kerja dengan permit kerja yang jelas apabila diperlukan.

2.menjalankan ujian-ujian gas apabila diperlukan.

3.mengesahkan pengasingan sebelum pekerjaan bermula dan penggunaan peralatan  untuk menentukan hidup bagi melindungi daripada bahaya.

4.dapatkan pemberian kuasa sebelum memasuki satu ruang terkurung.

5.dapatkan pemberian kuasa sebelum melumpuhkan keselamatan peralatan yang kritikal.

6.lindungi diri anda daripada jatuh apabila bekerja di tempat ketinggian.

7.jangan berjalan di bawah satu beban yang digantung.

8.jangan hisap rokok di luar kawasan merokok.   

9.tiada alkohol atau dadah semasa bekerja atau memandu. 

10.semasa memandu, tidak gunakan telefon anda dan tidak melebihi had laju. 

11.sentiasa memakai seat belt(tali pinggang keledar) anda. 

12. mengikut  Perjalanan Pelan Pengurusan yang ditetapkan.    



Ok.Itu adalah serba sedikit ringkas maklumat yang dapat dipaparkan.Kepada yang ada cadangan lain dan idea boleh la tulis di ruangan komen..hehe. Diharapkan setiap pekerja dapat kukuhkan dan menerapkan budaya keselamatan dalam memastikan semua faham dan mengikut peraturan-peraturan dan etika  kerja.
 
P/S: Walauapapun kita sudah mematuhi segala peraturan, yang paling penting mohonlah dan berdoa kepada ALLAH yang akan menentukan segalanya untuk keselamatan diri serta menghindarkan diri daripada segala bahaya.  

Rujukan: SapuraAcergy

7 comments:

zue said...

terbaiklah psl undang2x telepon,,,

shamyheart said...

baik tuan.. hehe~

SN said...

mcm safety officer gayenye..huhu

logorithm said...

Yang no. 11... 'seatback' tuh apa ye? Ker 'seat belt'?


Terbaru dari Logokoko:

[U] Wajah Siti sekiranya simetri sempurna

[U] Kesian budak nih...

[U] Tersepit lift

farhan said...

ye la logo..tersilap..seat belt..nak betulkan balik jap

ar. said...

gas ? haha gas apa :p

btw anda di tag :D
http://blalalakinno.blogspot.com/2011/10/super-awesome-11.html

hawiz said...

bgs2..niceinfo