Tuesday, January 31, 2012

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2012

Sempena merayakan Hari Wilayah yang ke-37 pada 1hb Februari 2012  saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya .Hari Wilayah yang disambut pada tarikh 1 Februari setiap tahun, di mana warga Wilayah Persekutuan dan mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dapat menikmati satu hari cuti untuk sama-sama meraikannya.  

Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Sebagai ibu negara Malaysia di sebuah negara maju, ia menjadi tumpuan baik rakyat Malaysia sendiri mahupun pelancong dari luar. Wilayah Persekutuan adalah merupakan model utama kepesatan kemajuan negara lambang kemodenan Malaysia.Selain itu,  daripada laman web 1 Malaysia, perutusan daripada Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan  Wilayah Persekutuan merupakan cerminan wajah Malaysia kepada dunia, ia membentuk tanggapan pertama para pelawat, pelancong dan pelabur yang datang.

Tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini adalah “Rakyat BersatuWilayah PersekutuanMaju”.Tema ini dipilih, selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, di mana untuk mencapai pembangunan yang utuh dan berterusan.

Berbagai-bagai program dan acara sambutan yang telah dirancang serta berkonsepkan 1 Malaysia,sebagai satu inisiatif untuk memupuk rasa cinta dan sayang wargakota kepada bandaraya Kuala Lumpur, serta memeriahkan lagi semua aktiviti dan program yang telah dirancang  sempena  Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012.Kalau nak tau apa program Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012,silalah rujuk laman web ini... http://www.visitkl.gov.my/home.html
 
Akhir sekali saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat semua warga Wilayah Persekutuan yang menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2012. Semoga kita terus hidup dengan budaya dan suasana yang tenteram, sihat dan aman di Malaysia ini.Ermm...(banyak juga ayat copy paste dalam entri ni..haha.)











P/S:bersama-samalah setiap lapisan masyarakat  untuk memajukan dan memakmurkan bumi Wilayah Persekutuan sebagai mercu tanda ibu negara Malaysia iaitu bandaraya yang selamat,berkembang dan efektif.

Rujukan:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7840-selamat-hari-wilayah-persekutuan-2012-
www.visitkl.gov.my/
http://www.1malaysia.com.my/blog/perutusan-hari-wilayah-2012-2/

6 comments:

ridoma said...

jum cuti.. yeeeha !...

Si BuDaK KaChAk said...

taun ni tak dpt smbut ari wilayah dah sbb keje kt luar wilayah...

huhu

puanbee said...

benci hari wilayah , biasa suami cuti ..anak2 tk cuti ..so mcm akk tk cuti gak hahaa

Nyamuk Terbang said...

ad hri wilayah eh??xthu pn

Hans said...

dah vote blog ko ari tu :-)

Miss Nadya said...

best dapat cuti...:)

p/s :: upah xde..:D