Saturday, February 25, 2012

Hapuskan Rasuah....

      

        Di dalam kehidupan manusia di dalam fasa moden ini,macam-macam isu yang timbul.Isu rasuah bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam masyarakat di malaysia malahan berlaku di seluruh dunia.Mengapa rasuah berlaku? Kita dapat lihat daripada sejarah dahulu lagi iaitu ketika era Yunani,Roman,kebangkitan Renaissance di Eropah sehingga sekarang adanya gejala rasuah. Ini disebabkan berlakunya   rasuah bergantung kepada kuasa.Seringkali dipaparkan di dalam media  elektronik dan suratkhabar mengenai pelbagai kes-kes rasuah yang berlaku di malaysia.Rasuah masih menjadi salah satu musuh utama negara malahan berada pada tahap yang serius dan membimbangkan.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran juga digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah yang lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

 Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

* Meminta/Menerima Rasuah
* Menawar/Memberi Rasuah
* Membuat Tuntutan Palsu
* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Di Malaysia,pelbagai kes-kes rasuah yang sering dipaparkan daripada yang besar sehinggalah yang kecil.Antaranya menurut laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adanya kes-kes suapan kepada pegawai,suapan rasuah kes khalwat,rasuah kepada pegawai polis,terima rasuah,isu penyelewengan dan sindiket kecurian pasir dan banyak lagi.Dan ini adalah statistik  tangkapan oleh SPRM Januari 2012:

           Kata pengarah SPRM, antara rekod tertinggi kes rasuah  ialah RM35 ribu yang diterima oleh pengurus TNB daripada  seorang pengurus syarikat untuk mengurangkan bayaran elektrik.

Baru-baru ini juga aku dikejutkan dengan menonton  berita sukan mengenai adanya kembali gejala rasuah. Apatah lagi adanya isu terbaru dalam arena  sukan iaitu  gejala rasuah yang dipercayai berlaku dalam skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan serta  isu tiga atlet olahraga yang menghilangkan diri ke Bulgaria bagi mengelakkan ujian doping dan tindakan lanjut perlu diambil untuk mengekang perkara tersebut daripada terus menular.Selain itu,pada Disember lalu, dua atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan Sea Indonesia menerusi acara 4x400m dan angkat berat, didapati positif ujian doping Sampel A. 
Apakah yang perlu dilakukan?

Kita sedia maklum kesan daripada kegiatan rasuah ini memberikan implikasi yang buruk kepada negara.Rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu negara,pemerintahan negara menjadi lemah,kucar-kacir,kemerosotan ekonomi,pengabaian masyarakat,monopoli serta penipuan berleluasa dan sebagainya.Kesan yang paling buruk akan menyebabkan hancurnya sistem pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.Ada contohnya, seperti yang berlaku di Filipina iaitu kejatuhan kerajaan Presiden Marcos dari tampuk kepimpinan.Malahan ,bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo dikeluarkan daripada pemerintahan kerana menghadapi tuduhan rasuah atas mengenakan harga tinggi ketika perjanjian dengan gergasi telekomunikasi China yang membabitkan jumlah sogokan yang besar.


Apakah langkah yang perlu dilakukan? Antaranya ialah:
1)penguatkuasaan menerusi undang-undang yang ketat. Lakukan hukuman yang berat.
2)kempen tegas dalam sistem pendidikan-tanamkan unsur bencikan rasuah.
3)rakyat harus dididik tentang kesedaran politik.Pemimpin yang rasuah dan nampak tidak bersih semuanya mesti ditolak!
4)Mewujudkan suruhanjaya khas yang mempunyai kuasa menyeluruh,mengkaji,meneliti ,mencadangkan  langkah-langkah yang perlu.Misalnya,melakukan penilaian terhadap amalan pilihan raya,mengkaji kuasa-kuasa majlis tempatan,termasuk pemimpin utama kerajaan negeri khususnya Menteri Besar dan anggota Exconya.Jikalau perlu reformasi besar-besaran terhadap sistem kuasa yang ada.
5)kesedaran awam untuk melaporkan kes-kes rasuah kepada SPRM.

        Antara contoh negara lain langkah tegas yang dilakukan untuk menangani barah rasuah.Contohnya,di negara China  Mahkamah di Beijing menjatuhkan hukuman mati terhadap pegawai tinggi yang didapati menerima rasuah besar sehingga menjejaskan keselamatan awam. Agensi anti rasuah India, Indonesia dan Thailand diperkukuh. Pendakwaan terhadap tokoh politik dan pegawai atasan mereka yang melakukan rasuah akan lebih berkesan lagi. 

          Perang menentang rasuah adalah sesuatu yang berterusan dan kini usaha ini telah di-lipat gandakan menerusi pelan Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut pandangan islam mengenai rasuah
Orang Islam, sama ada pentadbir, pegawai kerajaan, peniaga, profesional, ahli korporat atau ahli politik tidak sepatutnya menjadi penerima atau pemberi rasuah untuk mendapat sebarang kepentingan peribadi kerana perbuatan itu merupakan satu daripada dosa-dosa besar yang mengundang kecelakaan di dunia dan azab dan kesengsaraan yang pedih di hari  kemudian.  Rasulullah (S.A.W.) memberi amaran yang keras apabila beliau bersabda, “Pemberi rasuah dan penerima rasuah, kedua-duanya akan berada dalam api neraka.”  

Disebutkan dalam hadith :-
لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

        Akhir kata, islam mengharamkan rasuah dalam apa jua bentuk dan cara.Oleh kerana tidak akan dialih sesuatu dengan menerima sesuatu yang jelas rasuah dengan niat menerima hadiah.Perbuatan itu tidak akan mengeluarkan hukum haram menjadi halal.Ambillah pengajaran daripada kisah khalifah Umar Abdul Aziz pernah diberi hadiah sewaktu beliau menjadi khalifah tetapi ditolaknya.

P/S:Sama-samalah kita bina keperibadian diri,untuk mencari rezeki yang halal dan menjauhi diri kita agar tidak terlibat dengan amalan rasuah.


Rujukan:
http://tranung2.tripod.com/nov/detik150.htm
Al-Azim.com
http://beritasemasa.com/



Thursday, February 16, 2012

Check Page Rank of your website



Google PageRank (Google PR) is one of the methods Google uses to determine a page's relevance or importance.Important pages receive a higher PageRank and are more likely to appear at the top of the search results.Google PageRank (PR) is a measure from 0 -10.Google Pagerank is based on backlinks. The more quality backlinks the higher google pagerank. Improving your Google page rank (building quality backlinks) is very important if you want to improve your search engine rankings.

To check your of a single web site, web page or domain name, click on this free tool to check goggle PageRank..
 http://www.prchecker.info/check_page_rank.php



 My site page rank is 1 (PR)

How to improve your PageRank?..based on goggle guide..this is the way you must do..

1)Include useful high-quality information on your site.
2)Submit your site to various web directories and reference sites.
3)Publicize your site to everyone with whom you communicate.
4) Write a newsletter and send it out.
5) Provide a Rich Site Summary (RSS).
6) Ask other high-quality websites to link to your website.
7) Provide motivation for highly ranked websites to link to yours.
8) Check out a site before you link back.
9) Tell the press about your site.
10)Keep your website up with accessible.
11)Give away content.
12)Translate your website into foreign languages.
13)Search Google for your website.
14)Avoid devious tactics to improve your ranking.
15)And finally…

Google considers hundreds of factors. These factors and many others are described in the article “Great Site Ranking in Google The Secret’s Out” on Buzzle.com.

Tuesday, February 07, 2012

Contest Teka & Menang by Meira and Nabila

Kepada siapa yang nak join,tekan banner.
Assalammualaikum.

Sebelum tu masih tidak terlambat unuk mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul)kepada semua umat islam. iaitu hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Pentingnya Sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati hari penuh kemuliaan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang kita semua kasihi.

Ok.Lama tak join contest..Kali ni saya nak join contest daripada Miera dan Nabila

Hurmm..kena teka bilangan bintang yang ada dalam gambar..berapa agaknya???

                                       Saya teka 160 bintang.
                                       Main teka dengan kira mengikut analisa aku sendiri..haha
                                       Harap-harap betul dan menang dapat hadiah.
                                              
Sekian,terima kasih.:)