Friday, December 28, 2012

“RM100 Give Away dari Eyriqazz.Com”



                                    Apa khabar..semoga anda semua sihat
RM100  Give Away ( RM20 each buat 5 pemenang) buat pembaca blog Eyriqazz.Com

Hurmm..Tengah baca macam-macam jenis blog.Terjumpa blog Eyriqazz.com.Lepas tu ada pulak giveaway.Apa lagi kan.Aku cuba la nasib.Mana tau ada rezeki kali ni.Korang taknak cuba ke..
Jom ramai-ramai kita menyertai giveaway ini :)  RM100 Give Away dari Eyriqazz.Com


Mudah saja. Buat satu entri mengenai giveaway ini.
Jika menang macam-macam kita boleh buat duit RM20 tu.Macam derma kepada tabung di Palestin dan Syria.Apabila kita bersedekah dengan ikhlas, Allah Maha Memberi mereka yang menderma di jalan-nya.

5 pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah.
Tarikh tutup pada 31 December 2012

“Hadiah Pemenang akan digandakan 2 kali ganda sekiranya Eyriqazz memenangi  iPhone 5 Gadget Impian

Selamat Mencuba :)

Wednesday, December 12, 2012

Cara Download Di Youtube Tanpa Menggunakan Software!!!!


 
Hari ini 12.12.2012.Dalam facebook ramai yang updated status pasal tarikh ni.Apa yang istimewa pasal tarikh ni aku pun tak tahu.Korang tahu?Hari ini aku nak share tips untuk download di youtube tanpa menggunakan software.Teknik  ini aku dapat daripada kawan iaitu Ayilejai Warisan dalam group facebook.
Trik ini telah diuji oleh Ayilejai Warisan  dalam kedua-dua PC dan MOBILE, bekerja 100%.
Untuk menggunakan trik ini, cuba lakukan seperti berikut:

1.Mula-mula,salin URL video youtube yang anda inginkan, ia adalah seperti ini
kandungan http://m.youtube.com/some / (mobile)
kandungan http://www.youtube.com/some / (pc)

2.Kemudian yang disalin URL ke dalam format berikut
kandungan http://ssyoutube.com/some / (mudah alih)
kandungan http://www.ssyoutube.com/some / (pc)

(cuma tambah SS je kat depan)

3. Selepas itu anda akan melihat satu wity satu halaman video anda mahu format yang berbeza.

4.Klik di atasnya dan mula memuat turun.

SELAMAT MENCUBA.....
Daripada Ayilejai Warisan

P/S:Memang mudah kan kalau dapat download  tanpa menggunakan software

Rujukan:Sixerz Community   

Thursday, December 06, 2012

Keburukan Blogging

Bismillahirrahmanirrahim,     

     Macam-macam hal yang berlaku, kisah dan cerita dalam kehidupan masing-masing.Setiap manusia berbeza kisahnya.Tadi aku baca blog lipstikmerah mengenai kisah kehidupannya menjelajah negeri Johor.Seronok kan dapat melancong,makan makanan yang lazat.Untunglah kepada mereka yang dikurniakan ALLAH dengan kekayaan,pangkat ,wang dan pengaruh.Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berkemampuan..

       Kita sebagai makhluk ciptaan ALLAH janganlah lupa dan lalai dengan arus kehidupan dunia.Hidup kita adalah untuk diuji dan di akhirnya perjalanan kita ialah kembali menemui ALLAH dengan membawa amalan masing-masing...Pilihan di tangan masing-masing.Kita sebagai manusia bertanggungjawab untuk pilihan kita sendiri iaitu memilih kebaikan atau keburukan.Adakah kita dapat bersabar dengan ujian ALLAH dan melaksanakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang??

      Orang kata setiap benda ada lawannya.Ada realiti dan fantasi.Ada muda ada tua.Adanya masa depan dan adanya sejarah dahulu.Ada baik dan ada buruk.Begitulah juga dengan blog.Ada  kebaikan dan  ada juga keburukan blogging ini.Ini cuma pendapat aku tentang keburukan blogging.Kalau korang tak dapat terima..itu hak masing-masing.Ok.

Antara keburukan blogging ialah
1.Menyebarkan fitnah,memburukkan orang lain,Perasan tak ada sesetengah yang  menaip ikut suka dengan katanya ''ikut suka aku la blog aku'' dan menganggap hanya pendapat dia sahaja yang betul.
2.Perasan bagus atau dengan kata lain sombong.Wujud kelompok tertentu.Sesetengah blogger yang semakin naik akan sombong dan tidak bercampur dengan mereka yang baru.
3.Menggalakkan penyamaran,akan berlakunya cakap besar dalam penulisan blog sebab dalam blog orang tidak tahu siapa kita sebenarnya iaitu dengan tidak memaparkan nama dan wajah sebenar.
4.Berlakunya penipuan dengan menyampaikan maklumat palsu, fakta salah dan meniru hasil orang lain.
5.Maklumat dalam blog belum tentu betul atau sahih..banyak yang berbeza.Sebab itu kita kena akui juga dengan peranan wartawan dalam menyampaikan kebenaran sesuatu berita.
6.Leka dengan dunia maya sehingga tidak melakukan aktiviti luar.Lebih mementingkan blog(taksub) daripada hal-hal lain.Contohnya dalam sehari kalau tak updated tak sah..kalau bab agama dapat pula ditinggalkan.
7.Melakukan spam di  merata tempat..untuk mendapat keuntungan daripada iklan.seperti iklan churp2..apabila klik keluar pula tiga empat  iklan sekaligus.Ini aku cukup tak suka.

    Haha.Ini cuma nasihat.Ambil yang baik dan buang yang buruk.Nampak tak blog ini juga sebenarnya adalah mainan dunia.Sampai bila kita nak blogging..sampai dah mati baru nak berhenti.sebagai pedoman dalam kubur tak tanya berapa banyak trafik dalam blog.Tak salah nak blogging tapi perlu ada had dan batasannya.

P/S:Amalkanlah  dalam penulisan blog kita agar dapat memberi maklumat  yang menjurus kepada kebaikan bukannya keburukan.

Rujukan:http://wiki.answers.com/Q/Kebaikan_dan_keburukan_blog