Tuesday, May 27, 2014

Selamat Meraikan Hari Israk & Mikraj



Tahu tak hari apa? Hari untuk umat islam memperingati peristiwa hari Israk & Mikraj setiap kali 27 Rejab iaitu peristiwa penting perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril.



Israk: perjalanan Nabi Muhammad S.A.W menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis,Palestin.



Mikraj: perjalanan naiknya Nabi Muhammad S.A.W ke langit dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.


Keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.


Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1


Peristiwa Israk dan Mikraj ini memberi pengajaran dan menguji keimanan umat islam bahawa keimanan mereka tinggi yang membenarkan dan mempercayai peristiwa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W.Pelbagai kejadian aneh yang disaksikan dan dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan tentang kekuasaan Allah agar memberi kesedaran dan kita sentiasa patuh pada perintah Allah.Dengan peristiwa ini juga pensyariatan untuk wajib solat 5 waktu sehari semalam.

P\S: Bersyukurlah umat nabi Muhammad S.A.W diberi keringanan solat wajib 5 waktu sehari semalam apabila Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah.

1 comment:

Seklebet Info said...

selamat hari raya idul fitri :)