Ehhh..Apa dah aku cerita lain dengan tajuk entri ni..Macam biasa la apabila aku bukak blog aku... aku sebenarnya nak tengok traffic dulu.Tapi,aku hairan tengok follower aku dah meningkat.Aku sebenarnya tak kisah sangat pasal follower.Tapi biasa la nak tengok siapa orangnya yang sanggup jadi follower aku ni.Dah la blog aku ni biasa je,bukan macam blog sipi-sipian..ayat siapa aku tiru ni..haha..Cuba korang teka.Serius hari tu bila aku belek senarai follower,aku terkejut beruk,kenapa???
Sebab aku terpandang sesuatu yang buat aku terkejut..Iaitu aku terpandang dan terbaca gambar sengal zone atau nama panjangnya Deeyaudeen Sabri. ada dalam senarai follower aku..Biar betul sengal zone jadi follower aku...Ke aku salah orang ni.Aku macam tidak percaya.Dua kali aku tengok betul la.Aku sangat terharu sampai aku menyebut wahhh!!! sengal zone ke tu ...... jadi follower aku.Mungkin sengal zone ni kesian dekat aku kot...takpun dia ada pertalian darah dengan aku...hahaha.Blog aku bukan ada apa pun.Blog sengal zone aku anggap macam guru aku dan aku sebenarnya banyak belajar daripada blog ni yang memang menarik dan terkenal.Terima Kasih sengal zone. Jujur aku cakap blog sengal zone memang aku mesti bukak bila dia ada entry baru sama jugak dengan blog otai Ben Ashaari.Dua 2 blog otai ni .Tapi ayat2 dalam blog sengal zone macam ade penarik seperti yang sengal zone sendiri kata dalam entri resipi blog dia.
Nampak tak gambar dia ada dekat bawah sekali belah kiri.Hensem kan.
Akhir kata,aku rasa blog sengal zone memang akan lebih femes nanti macam blog Ben Ashaari.Harap-harap entry pasal ni akan naik traffic dan harap dapat la duit nuffnang. Nuffnang aku ni rm0.00.Telur ayam lagi.Adoyaiii.............
P/S :Sokong dan nak jadi terkenal macam blog Sengal Zone.