Sunday, January 02, 2011

Apabila saya pernah rasa kecewa

     Apa yang saya nak cerita pasal topik ni......Masa lpas tgok tv cerita drama melayu yang cukup memberi kesan kepada saya....Cerita tersebut aku dah lupa dah tajuk....mengenai anak yang derhaka kepada ibunya dan dia telah melakukan banyak kejahatan yang akhirnya dia telah mati tanpa sempat meminta ampun kepada kedua ibunya.
     Masa lpas tengok cerita tu  tiba-tiba je datang idea dalam kepala aku.Bukan idea pun  tapi aku teringat dan aku merasakan aku pernah mengecewakan kedua ibu bapa aku terutama  ibu aku.Hmm malu aku untuk menceritakan disini tetapi itulah hakikatnya.Mula-mula aku rasa seperti gelap je hidup.....Aku rasa kecewa sangat.Aku tahu ibu aku kecewa kepada aku.Aku sangat sedih.Aku tidak dapat menerimanya.Rasa seperti aku menyalahkan takdir..Aku seperti menyalahkan Allah dan berkata mengapa aku diuji begini dan bukan orang lain.Aku merasakan seperti jatuhnya aku seperti jatuh buah kelapa dari atas pokok.haha.Mungkin aku ade melakukan kesalahan kepada Allah yang membuatkan aku diuji begini.Namun Aku akhirnya terpaksa jugak menerima qadak dan qadar ini.Aku masih teringat  seorang sahabat aku yang aku masih tidak lupa akan kata-katanya.Jika kamu jatuh brapa banyak pun, bangunlah..Itu je yang dia cakap..Tapi aku rasa dia seorang sahabat yang baik.Dialah yang menolong aku mencari kerja sementara part time..Aku menjadi seperti ada sedikit harapan dengan kata-kata dia itu. Kemudiannya Aku membaca buku-buku agama dan memohon kepada Allah untuk memberi petunjuk kepada aku dan aku menyedari  bahawa aku tidak akan berputus asa .Aku perlu bersabar seperti yang disuruh dalam agama islam.Ayat-ayat yang mengatakan setiap kejadian yang terjadi ada hikmahnya.Bersabarlah kamu  ketika ditimpa ujian dan musibah,mintalah doa kepada Allah dan janganlah berputus asa dengan rahmat Allah.Sehingga kini aku yakin bahawa ujian yang aku lalui itu adalah ujian Allah kepada manusia dan aku tahu bahawa ada orang yang lebih teruk ujiannya daripada aku.Adoyaiii
       Walaupun begitu dalam diri aku juga masih ada sifat dengki kepada orang lain walaupun aku ingin membuang jauh sifat itu.Aku kadang-kadang dengki melihat orang lain kaya dan berjaya.Biasalah manusia memang macam tu,Dengki dengan orang.Alangkah gembira hati jika aku kaya seperti orang lain.Aku juga dengki dengan abang aku...ibu selalu memuji  abang aku yang berjaya...Apa yang aku melalut tulis ni.Aku tidak kisah...apa yang aku fikir ialah semua kejayaan itu hanya sementara sahaja.Hidup di dunia ini hanya sementara.kekayaan bukan leh bawak sampai mati..Walaubagaimanapun kehidupan perlu diteruskan..Harap2 Allah memudahkan segala urusan ku dan memberi rezeki yang luas kepada aku dimasa hadapan.ok2CHOW CINCAU.Makan nasi bersama budu,bakpo mung termenung selalu.haha

No comments: