Assalamualaikum kepada semua pembaca.Terima kasih kepada yang sudi datang dan membaca blog ini. Entry kali ni bertajuk Aku Seorang Blogger.Macam karangan sekolah rendah la pulak.haha..tapi sebenarnya aku terjumpa dan tertarik untuk menyertai Contest SEO ini yang dianjurkan daripada blog 2dayblogger.com oleh Faisal Abdullah.Contest SEO 2DayBlogger ini mempunyai 3 keyword yang berlainan.Jadi aku telah memilih keyword Aku Seorang Blogger kerana yang inilah paling aku ada idea berbanding yang lain tu aku rasa sukar untuk menulis.
Dalam zaman globalisasi dan berteknologi masa kini,ramai yang sudah mempunyai blog tersendiri.Kebanyakan mereka akan menggunakan blog untuk tujuan yang tersendiri dan kebiasaanya untuk menulis bermacam-macam isu sebagai bahan diari online yang menarik dan berkesan untuk disebarkan di ruang internet yang tiada sempadan.Ok..Mengapa dan bila aku menjadi seorang blogger.Semuanya bermula apabila aku melihat ade antara kawan aku yang dah blogging dan aku mengetahui dia ada memperoleh pendapatan melalui blog.Disebabkan itulah aku rasa berminat untuk mempunyai blog sendiri.Sejak itu aku mula membaca dan melihat bermacam-macam jenis blog sebelum aku berjaya menghasilkan blog sendiri.
Pada mulanya aku hanya buat dua post sahaja kemudian aku tiada semangat untuk buat entry baru.Tapi semuanya berubah apabila aku mengetahui pasal syarikat pengiklanan iaitu Nuffnang daripada blog Hisham Ace.Aku dapat tau yang apabila meletakkan iklan nuffnang dalam blog ,akan memperoleh pendapatan daripada blog.Aku terus register nuffnang dan aku bersemangat semula untuk aktif dalam blogging.
Kehidupan aku sejak menjadi blogger ni ialah aku akan menghabiskan sebahagian masa untuk membaca blog yang menarik dan cuba untuk menghasilkan entry yang bermutu.Objektif aku dalam blog ni adalah sebagai salah satu hobi dan untuk menambah lebih ramai rakan-rakan.Disamping itu,objektif utama aku sebenarnya ingin mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog .Kalau boleh blog aku akan semakin bagus macam blog-blog otai seperti Ben Ashaari.Tapi pencapaian blog aku hanya biasa saja iaitu tiga bintang sahaja dalam nuffnang tu kalau aku berusaha untuk menaikkan bintang tersebut dan juga meningkatkan tahap ranking dalam Alexa.
Sekian sahaja daripada saya.
7 comments:
fllow me back k ! farahdyana95.blogspot.com
CEO tu apa? huhuhu. ramai org duk sebut2.
CEO tu rasanya chief executive officer
c\gud luck^^
Seo tu ape? Pernah dengar pasal ni..kalo x salah pasal Traffickan? pergghh tak tau tak tau
SEO tu mcm keyword kalauad tak silap aku...mcm keyword tajuk gempak.trafik jgk..lpas tu kalau rmai yg search dlm internet ada keyword tu..kalau nak tau pasal SEO org ckp search dlm goggle..
awak, gud luck ye. Dah bagus dah blog awak ni, dibandingkan dengan saya. Say atu blog SEO macamana. Tapi saya tak mampu dan tak minat. Mampu buat personal blog je...
Post a Comment