Segala puji bagi ALLAH.Tahun ini serentak kita meraikan sambutan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan Negara ke 54! Di hari yang mulia ini saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri mohon maaf zahir dan batin kepada semua .. mana la tahu jika ada tersilap dan terkasar bahasa atau melakukan apa-apa yang menguris perasaan sesiapa sahaja.
Setiap tahun kita pasti akan menyambut kedua-dua perayaan ini.Namun adakah benar-benar kita menghayati, mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.
Kita seharusnya bersyukur kepada ALLAH Yang Maha Esa kerana masih lagi diberi nikmat yang banyak dan diberi kesempatan untuk merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu hari kemenangan bagi umat islam setelah berpuasa selama sebulan dan berjuang melawan hawa nafsu disamping juga merayakan hari kemerdekaan negara Malaysia dengan keadaan negara kita yang masih aman damai tidak seperti kebanyakan negara-negara yang lain dalam keadaan kacau bilau dan tidak stabil.
Saya pernah terbaca untuk menghayati Hari Raya Aidilfitri ialah dengan banyakkan bertakbir,bezikir,bertahmid,bertasbih dan memuji ALLAH.Tambahan juga,kita perlu mengingati, mengabdikan diri kepada ALLAH sepenuhnya dan merenung kembali siapa kita sebenarnya disisinya.
Bagi menghayati erti kemerdekaan negara pula ialah bebas daripada pembebasan manusia dan kekuasaan manusia sepenuhnya dengan cara pengabdian manusia yang sepenuhnya kepada Allah sahaja.Selain itu,merdeka bererti menolak,menjauhi dan memisahkan diri daripada kerajaan manusia dan undang-undang manusia untuk digantikan dengan kerajaan Allah dan undang-undang Allah.Contohnya,dengan melaksanakan sistem Khilafah Islam seperti kerajaan Turki Uthmaniyah dahulu.
Rujukan :http://www.ikim.gov.my dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
http://ihsasulfikri.wordpress.com/2009/08/19/keruntuhan-daulah-turki-uthmaniyah/