Thursday, January 26, 2012

Memilih makanan...sedapnya makan donut...

            Makanan adalah keperluan dalam kehidupan manusia.Tiap-tiap hari kita akan makan berbagai-bagai jenis makanan.Selalunya makanan yang dicari adalah yang dapat menjadi pembuka selera dan memuaskan selera.Nafsu makan yang tinggi adalah punca kepada pengambilan makanan yang berbagai-bagai dan berlebihan.Aku bagi contoh..Makanan gourmet dan minuman yang disediakan khas adalah yang sangat berbeza daripada hidangan biasa yang anda selalu makan. Orang-orang kaya lebih suka gourmet produk kerana makanan itu kaya,luar biasa, kualiti tinggi  dengan rasa dan mempunyai paparan menakjubkan.

          Cuba  bayangkan anda makan sesuatu makanan yang sama setiap hari.Macam  anda makan mi meggi.Mesti tekak rasa nak muntah makan hari-hari.Aku pernah rasa macam tu.Aku kadang-kadang mengeluh. Pernahkah anda   hanya makan  satu sekali sehari?Korang tahu apa yang aku rasa.Masa makan tu aku rasa bersyukur sebab lapar sangat dan ada juga re zeki untuk makan walaupun hanya sekali. Baru aku tahu serta merasai macam  mana rasa mereka yang lapar dan susah untuk memperoleh makanan dan mencari sesuap nasi.Kita patut sedar ada lagi yang lebih susah.Masih adakah lagi mereka yang kebuluran?Apa yang mereka makan?Sudah tentu mereka makan makanan yang sama.

         OK..Seb enarnya aku nak cerita mengenai makanan iaitu donut yang sedap.Antara salah satu makanan manis yang menjadi pilihan aku ialah donut.Dalam   bermacam-macam donut, donut Big Apple dan Dunkin Donuts yang paling terbaik.Kalau terjumpa mesti akan rasa nak beli.Lagipun kalau makan dua biji rasanya tidak cukup.Haha.Nafsu tu.Korang tak suka ke makan donut?

Donut ni sesekali makan bolehlah,maklumlah kandungan gula dan lemak  di dalamnya agak tinggi.Hasil kajian daripada Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,Uni versiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan donut mengandungi karbohidrat total tertinggi (49.49 ± 1.24 g/100 g).Di bawah ini menunjukkan antara  hasil makanan kegemaran penduduk Malaysia yang telah dicu ba dan kandungannya:


      Kebiasaannya ada di kalangan kita  sanggup berbelanja untuk mencuba dan membeli makanan yang adakalanya tidak mengandungi jumlah nutrien yang baik untuk kesihatan. Persoalannya , adakah kita telah melihat apakah kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut?Sepatutnya kita perlu memilih dahulu makanan yang berkhasiat tetapi ada yang lebih mementingkan tabiat dan selera makan yang tinggi asalkan sedap tanpa peduli akan kesan pada masa akan datang. Bukankah dalam islam juga mengatakan makanlah dalam sederhana dan jangan makan berlebihan.Kebanyakan punca penyakit disebabkan daripada makanan.

     Oleh itu,pengambilan makanan yang seimbang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Jadi pandai-pandailah kita memilih makanan yang  betul dan melakukan akti viti senaman untuk memastikan kesihatan kita terjamin.  

P/S:Pilihlah buah kurma untuk kesihatan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW.

Rujukan:
http://alkurawi.blogspot.com/2011/08/kurma-superfood-dalam-al-quran.html
http://my.hicow.com/makanan/gourmet/bakul-hadiah-298437.html


















  














































 

4 comments:

JR said...

Spt Sabda Rasulullah kebanyakan penyakit berpunca dari perut, oleh itu jagalah pemakanan...

Amirez said...

dari dulu sampai sekarang aku cuma gemar donut yang biasa2 je. donut yang berkrim atau campur perasa lain macam dalam gambar ni tak berapa boleh nak makan sangat...manis. kalau kecik takpe :)

CIK TOM said...

ciktom suka donut big apple...tp byk2 muak gak..2biji je boleh telan sbb dah manis..

kena jaga pemakanan elok2..seeloknya ikut makann sunnah nabi..

logorithm said...

Donut yang biasa-biasa tuh jugak yang sedap. Tapi sekali-sekala layan jugak Big Apple Donuts...