Tuesday, September 18, 2012

Cara-cara kreatif mencegah perubahan iklim!!!




MAHA SUCI ALLAH.Nampak tak gambar bumi atas tu dan header blog  tu.. Siapakah yang mencipta bumi ini dan segala-galanya?Jawapannya ALLAH.Kita manusia hanya hidup di atas bumi ciptaan ALLAH dan semuanya di atas dunia ini hanya pinjaman untuk sementara.

ANDA FIKIR ANDA TAHU MENGENAI PERUBAHAN IKLIM???

       Dunia semakin tua dan tenat.Perubahan iklim dan pemanasan global merupakan suatu ancaman yang kurang disedari oleh masyarakat.Isu ini sebenarnya penting yang akan menyebabkan berbagai-bagai bencana dan penyakit jika tidak diambil perhatian oleh masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.Contohnya cuba kita lihat kejadian yang berlaku di Malaysia:

1.Kejadian tanah runtuh
2.Suhu semakin naik
3.Banjir kilat dan jerebu
4.Penyebaran penyakit seperti denggi dan malaria

      Bumi menjadi semakin panas.Ada sumber menunjukkan suhu dunia semakin meningkat pada kadar yang amat tinggi.Sekiranya isu pemanasan global tidak ditangani, ahli sains menjangka suhu bumi akan meningkat sebanyak 3 – 9 darjah menjelang akhir kurun ini.

      Secara jelas islam melarang umatnya melakukan kerosakan di muka bumi.Antaranya membabitkan kemusnahan alam ciptaan Allah.Kita boleh lihat sifat tamak segelintir manusia yang melakukan pembangunan secara besar-besaran sehingga merosakkan ekosistem alam dengan gunung ganang ditarah,hutan dan pokok ditebang,kawasan tadahan hujan dimusnahkan.

Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." (Surah ar-Ruum, ayat 41).

        Dengan itu,kita sebagai khalifah di muka bumi  perlulah menjaga dan memelihara alam sekitar dan alam semulajadi supaya tiada kerosakan dan kemusnahan di muka bumi yang boleh menjejaskan ekosistem di bumi ini.
Marilah kita bertindak dengan mengambil langkah-langkah yang sedikit sebanyak dapat membantu mencegah perubahan iklim..Antara sedikit cara-cara kreatif  untuk mencegah perubahan iklim ialah:

1.Kurangkan(jimat penggunaan tenaga elektrik,produk dan peralatan yang tidak diperlukan),gunasemula(seperti tin aluminium) dan Kitar semula(seperti kertas,plastik,pakaian,logam)
2.Sedikit bantuan daripada semut hutan.(membersihkan hutan daripada bahan biologi)
3.Menanam pokok-pokok baru.
4.Menyungkup batu.(seperti di India batu putih diletakkan di padang menukarnya menjadi permukaan pemantulan sinaran solar daripada permukaan bumi)

Okeh.. jika aku lama tak updated blog.Itu tandanya aku ada masalah ataupun tiada internet.

P/S:Jika korang nak tahu maklumat atau tips yang lagi lengkap..kena la tanya Jabatan Alam Sekitar ye..hehe :P



Sumber:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11015.0
           http://climatechange.penang.gov.my/ 

3 comments:

logorithm said...

First time dengar pasal bantuan daripada semut hutan dan menyungkup batu boleh membantu mencegah perubahan iklim...

Ridzwan Mohamed said...

camne dgn semut hutan tu?

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html