Wednesday, August 31, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan


Segala puji bagi ALLAH.Tahun ini serentak kita meraikan sambutan  Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan Negara ke 54!  Di hari yang mulia ini saya  nak ucapkan selamat hari raya  aidilfitri mohon maaf zahir dan batin kepada semua .. mana la tahu jika ada tersilap dan terkasar bahasa atau melakukan apa-apa yang menguris perasaan sesiapa sahaja.  
Setiap tahun kita pasti akan menyambut kedua-dua perayaan ini.Namun adakah benar-benar kita menghayati, mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

       Kita seharusnya bersyukur kepada ALLAH Yang Maha Esa kerana masih lagi diberi nikmat yang banyak dan diberi kesempatan untuk merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu hari kemenangan bagi umat islam setelah berpuasa selama sebulan dan berjuang melawan hawa nafsu disamping juga merayakan hari kemerdekaan negara Malaysia dengan keadaan negara kita yang masih aman damai tidak seperti kebanyakan negara-negara yang lain dalam keadaan kacau bilau dan tidak stabil.

Saya pernah terbaca untuk menghayati  Hari Raya Aidilfitri ialah dengan banyakkan bertakbir,bezikir,bertahmid,bertasbih dan memuji ALLAH.Tambahan juga,kita perlu mengingati, mengabdikan diri kepada ALLAH  sepenuhnya dan merenung kembali siapa  kita sebenarnya disisinya.


Bagi menghayati erti kemerdekaan negara pula ialah bebas daripada pembebasan manusia dan kekuasaan manusia sepenuhnya dengan cara pengabdian manusia yang sepenuhnya kepada Allah sahaja.Selain itu,merdeka bererti menolak,menjauhi dan memisahkan diri daripada kerajaan manusia dan undang-undang manusia  untuk digantikan dengan kerajaan Allah dan undang-undang Allah.Contohnya,dengan melaksanakan sistem Khilafah Islam seperti  kerajaan Turki Uthmaniyah dahulu

     Oleh demikian,Daulah Islamiyah yg  menjadi benteng umat Islam dengan wujudnya sistem yang kukuh iaitu sistem islam secara menyeluruh..Pastinya Sistem Khalifah Akan Naik Semula Memerintah Seluruh Dunia.

P/S: Wahai kaum muslimin!Islam pasti akan bangkit …
 
Rujukan :http://www.ikim.gov.my dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
      http://ihsasulfikri.wordpress.com/2009/08/19/keruntuhan-daulah-turki-uthmaniyah/



5 comments:

Amirez said...

selamat hari raya aidilfitri farhan. maaf zahir & batin sekiranya ada :)

Pak Pis said...

Sorry lambat ucap selamat hari raye dan selamat hari kemerdekaan

logorithm said...

Masih beraya lagi kan? Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54! :-)

cik asam jeruk said...

salam merdeka raya. cikasamjeruk da folo blog ini :D

puanbee said...

selamat hari raya dan salam merdeka dik....